Saturday, March 29, 2008

Dahi Cecah Ke Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’

Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Wednesday, March 26, 2008

Kehilangan besar dalam pengaruh keluarga

Assalamualaikum....Hari ni, aku kehilangan seseorang yang disayangi. Basri bin Hj. Shaari telah kembali ke rahmatullah. "Wa Basri" adalah panggil ganti diri arwah....
Aku mengikuti Program JatiDiri fasa 1 Pusat Kokurikulum Perlis pada 24-27 Mac 2008 di Kem Pusat Kokurikulum Perlis sebagai jurulatih. Pada malam kedua, kami bermalam di Pantai Raja. Aku tidur agak lewat kira² jam 0300. Aku mendapat panggil dari sepupu aku kira² jam 0330 tetapi aku tidak menjawap kerana terlalu mengantuk dan letih.
Selang beberapa minit kemudian, bapa aku call da aku terus jawap kerana dalam hati aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku terdiam berat berkata²..."abg, wa dah xdak". Itulah kata² yang ku dengar dari bapa. Tiba² pipi aku berasa sejuk dengan titisan airmata. "Wa xdak di mana? Pukul berapa?"...itu soalan yang ku ajukan kepadanya..."Dalam perjalanan p hospital", bapa aku jawap dengan nada yang agak sederhana. Aku terus menyatakan hasrat untuk menziarah arwah.
Soalan yang terus bermain di benak fikiran aku ialah, tok dah tau ke hal nie, bagaimana dia sekarang?
Aku sampai ke Pantai Raja dengan menaiki basikal. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke Kem Tasoh pada waktu subuh kerana kereta berada di sana. Setelah selesai mengemas barang² aku terus meminta pertolongan rakan aku untuk menghantarku ke kem bagi mengambil kereta. Terima kasih kepada En. Rizal (Cha) atas pertolongan.
Aku terus memandu kereta menuju ke Kg. Pulau Seputih, Padang Sera. Keadaan ketika itu nampak seakan² tenang. Ramai orang yang dikenali dan tidak dikenali berada di persekitaran rumah arwah. Aku terus masuk untuk menziarahi Wa. Sekali lagi aku x dapat tahan sebak didada melihat seorang yang berpangkat Ayah terbujur kaku. Aku menggengam jari jemari kerana menahan rasa hati yang begitu sedih. Pandangan mata aku terpaku ke arah tok yang kelihatan amat sedih. Turut berada di situ mak aku yan sedang membaca Yassin. Anak-anak arwah yang tinggal di Kuala Lumpur masih belum kelihatan, katanya mereka masih dalam perjalanan. Abg Din yang bekerja di Uitm Segamat masih dalam perjalanan.
"Bila wa xdak", aku mengajukan soalan kepada Kak Chik Awie..."Lebih kurang 0246, x sampai hospital lagi, wa dah lemah"...
Sebenarnya, paling merisaukan ialah keadaan tok aku, tok nie bukan boleh dpat berita yang bukan², tok ada sakit jantung...Pak Cik dan mak aku masing² mencari idea bagaimana untuk menceritakan hal ini kepada tok...Allah memudahkan apa sahaja yang Dia kehendaki. Pada waktu itu, Pak Cik memang memandu pulang ke kampung. Mak berlakon membuat panggilan memberitahu pak cik mengenai kejadian ini, dari perbualan tok sudah dapat agak sesuatu terjadi kepada Wa. Phone diserahkan kepada tok, " Mak, sabar, sabar banyak², kita xsempat jumpa ngan abang", itu yang dapat diucapkan oleh mak kepada tok. Alhamdulilah, tok dapat bersabar, menerima kejadian ini sebagai satu ujian Allah. Allah lebih Maha Mengetahui.
Arwah wa di mandikan lebih kurang jam 1100. Aku sempat mengambil peluang terakhir dengan bersama² memandikan jenazah. Setelah selesaikan dikafankan, arwah diusung ke Masjid Kg. Seputih untuk disembahyangkan. Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg. Seputih.
Kenangan bersama Wa sepanjang hidup arwah tidak akan kulupa.
Alfatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang mukmin.

Saturday, March 22, 2008

Peristiwa Memali 1985






Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai 'Operasi Angkara/ Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama. Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong,Baling Kedah. Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri. Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya. Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Terlalu banyak
ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat. Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah. Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol. Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu. Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Komando 69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[petikan diperlukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Komando 69, dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.

..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih 'happy go lucky' dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu 'tunggulah seratus hari' maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh 'bertepatan' hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
"Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka 'tidak syahid' dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

Sejarah Perlis " Permai lagi Mempersona "






Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan
Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan
Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai
Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
(Petikan Wikipedia.)

Friday, March 21, 2008

Sambutan Kepulangan Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad






Lokasi: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
Masa: 1500
Tarikh: 21 Mac 2008

Selepas tamat masa bekerja, aku dan rakan-rakan bergegas ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan seorang yang boleh dikatakan 'wira' dalam pembaharuan gerakan pelantikan MB baru Perlis, Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad. Bersama-sama beliau adalah isteri tercinta. Turut hadir ialah MB Perlis Datuk Dr. Md. Isa Sabu.
Sebelum itu, kami singgah menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Jame' Kepala Batas. Selesai menunaikan solat kami bergerak ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan kelihatan ramai warga Perlis turut menghadirkan diri bagi menyambut Radzi.
Kira-kira jam 1430, sudah ramai penyokong setia Radzi hadir di balai ketibaan. Ini termasuklah beberapa orang ADUN. Sambutan sangat meriah dengan tepukan gemuruh sebagai tanda semangat sebaik sahaja Radzi kelihatan keluar dari balai ketibaan. Beliau disambut dengan salaman dan pelukan dari sahabat-sahabat seperjuangan dalam UMNO dan BN.
Y.B. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad telah dilantik Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang ke-20 pada bulan Jun 2004 bagi menggantikan Tun Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Yang Dipertua Melaka.
Dilahirkan pada 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar pada 1948. Beliau kemudian meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Derma pada tahun 1952 sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja Malaysia, Port Dickson 1957.
Y.B. Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad merupakan seorang pengamal undang-undang sebelum dipilih mewakili Parlimen Kangar pada tahun 1982. Beliau yang memiliki Ijazah Perundangan dari Middle Temple, London telah dilantik Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Pada tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Dalam Menteri pada tahun 1984. Dua tahun kemudian, beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama. Y.B. Dato' Seri mula melibatkan diri dalam politik pada tahun 1972 setelah menyertai UMNO di Cawangan Kg. Jawa, Shah Alam.Beliau yang pernah dua kali dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar (1986-1988 dan 2001-2004) telah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pemimpin pelapis pada pemilihan UMNO tahun 2004.
Selepas mendapat mandat rakyat di kawasan Parlimen Kangar, Y.B. Dato' Seri berazam menjadi pemimpin contoh dan teladan yang baik dan diingati oleh pemimpin masa hadapan. Selain memberi khidmat terbaik kepada rakyat, beliau juga akan bekerja dan memberi sepenuh komitmen kepada parti dengan kejujuran dan keikhlasan.
Di luar bidang politik, Y.B. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam badan-badan kebajikan dan sukan.Beliau kini memegang jawatan Yang Dipertua, Persatuan Anak Yatim Mak Teh Perlis dan Persatuan Tenis Melayu Perlis.
Y.B. Dato' Mohd. Radzi Sheikh Ahmad amat mengagumi ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan berkebun, bermain golf ataupun tenis. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Mahani Abdul Hamid pada tahun 1980.
(Maaf gambar kurang jelas kerana menggunakan handphone. Frust sebab tak bawa NIKON SLR bersama-sama)

Thursday, March 20, 2008

Jorasmin Fragrance

Satu keadaan yang amat memeranjatkan aku terjadi pada malam ni. Selama ini aku mencari sesiapa yang mempunyai nama "JORASMIN". Akhirnya pada malam 20 Mac 2008, aku mendapat jawapan.
Cam nie, aku teramatlah boring tahap 'Gorgon' sampaikan habis satu laman web http://www.malaysiakini.com/ aku baca. Jadi aku melayari http://www.google.com.my/ secara tak langsung aku memasukkan nama bertuah 'jorasmin' pada bahagian search engine.


Hasil Pencarian:
:: Organica aromatics :: The flavor & fragrance Industry
Beta Damascone. Iso Damascone. Damascenone. Cidalor. Jorasmin. FRUITY. SANDAL / WOODY. AMBER. CITRUS. MELONIC / OZONIC. SPICY / ORIENTAL. JORASMIN ...www.organicaaroma.com/floral06.html - 16k - Cached - Similar pages


Pandangan aku terus terpaku pada satu URL http://www.organicaaroma.com/floral06.html. Pada mulanya aku tertanya2 bila masa aku memasuki laman web tersebut. Akhir aku membuat pautan pada link itu.
Aku dapati keadaan seperti lampiran di bawah:




Perhatikan gambar tersebut. Itu bukan ciptaan aku tapi ia ternyata wujud. Sekiranya tidak pasti sila clik pada pautan yang telah aku serta di atas.

Persoalan, adakah syarikat ini memerlukan model untuk memperagakan fragrance keluarannya...

"Strong jasmine odour with lactonic effect. Extremely powerful with good diffusion and excellent substantivity of fragrances."

"Jorasmine gives excellent substantivity to the composition. used in all types of compounds for soaps, detergents, shampoos, and fine fragrances."

Petikan dari laman web Malaysiakini







Kecewa, rasuah di Kem. Pelajaran
Mar 19, 08 1:42pm
Penerbit buku yang semakin pesat berkembang, melahirkan rasa kecewa dengan pelantikan semula Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas dakwaan rasuah makin berleluasa di kementerian itu. Ainon Mohd, pemilik PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, menulis di lamanwebnya (www.universitipts.com) bahawa sejak Hishammuddin memegang kementerian itu "kes rasuah semakin menjadi-jadi".Beliau, seorang penggiat sastera dan bekas pegawai Dewan Bahasa Pustaka, menulis hari ini: "Gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)."Gosip-gosip juga mengatakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan parah sekali di EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu yang menguruskan projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru. "Dikatakan pegawai-pegawai di bahagian itu dipaksa melantik kontraktor-kontraktor yang ditunjuk oleh orang politik."Di laman yang sama semalam, penulis buku dan penterjemah terkenal itu mengalu-alukan pertukaran Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada portfolio baru - Kementerian Luar Negeri. Dr Rais, dakwanya, mendapat tanggapan umum sebagai seorang yang suka berbelanja mewah. Ainon berharap menteri baru di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal, akan lebih berhemat dalam perbelanjaan.Menurut Ainon lagi, bajet pembelian buku-buku oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan awam di seluruh negara dipotong 60 peratus tahun lepas. "Potongan yang begitu banyak telah mengejutkan dan mengecewakan para penerbit buku tempatan, yang lazimnya amat menunggu-nunggu pembelian pukal oleh PNM," tulisnya."Gosip-gosip mengatakan PNM terpaksa mengurangkan bajet pembelian buku sebanyak 60 peratus kerana wang itu sudah habis digunakan oleh Rais Yatim buat bermewah-mewah dengan pelbagai majlis dan acara pesta sambutan 50 Tahun Merdeka."

Jambori Pengakap Perlis-Thailand 2008

Pengakap-pengakap menari tarian Thai

Tarian Canggung dari Perlis

Aksi yang mengkagumkan dari pengakap Thai


Persembahan 'Rambong'


Gabungan Persembahan Malay-Thai


Persembahan Guru Pengakap



Guru pengakap menunjukkan kemahiran masing-masing


Pengakap Thai bermain biola dengan diiringin tarian kebudayaan

Berikut ialah sorotan yang sempat dirakamkan sekitar Program Jambori Pengakap Jabatan Pelajaran Perlis yang diadakan pada 12-16 Mac 2008 bertempat di Pusat Kokurikulum Tasoh, Jabatan Pelajaran Perlis.

Seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pengakap-pengakap dari sekolah-sekolah Negeri Perlis dan Thailand. Pelbagai program telah dijalankan antaranya ialah flying fox, orientering, survivor dan camp craft.

Gambar-gambar di atas dirakam sepanjang Malam Kebudayaan di mana peserta-peserta mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing yang penuh warna-warni. Ternyata masih ada para pelajar yang menghayati erti kebudayaan. Ini adalah satu yang membanggakan. Guru-guru pengakap juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing bermain alat muzik moden dan tradisional.

Gema Gemilang Kementerian Pelajaran Malaysia 2008






GEMA GEMILANG - Membawa maksud persembahan yang menyerlahkan kemahiran, bakat, kreaviti serta kesepaduan yang mantap dan hebat dalam bidang seni muzik oleh warga pendidik hasil daripada program pembelajaran yang terancang dan menjurus ke arah pembangunan modal insan minda kelas pertama.

Aku membawa 12 orang pelajar dari Pasukan Pancaragam SMK Perlis menyaksikan GEMA GEMILANG 2008 bertempat di Dewan Plenary KLCC, Kuala Lumpur. Kami bertolak dari Dataran JPN Perlis pada pukul 9.00 menaiki bas sewaan khas. Seramai 39 orang penumpang yang sebahagiannya terdiri dari rakan-rakan guru muzik dari SM dan SR Perlis.

Kami sampai di Perhentian Jejantas Sg. Buloh pada pukul 5 pagi. Di situ kami mengambil peluang untuk membersihkan badan dan menunaikan solat serta 'hajat' yang belum ditunaikan. Segar bugar dibuatnya selesai mandi barulah terbuka selera menjamah sarapan pagi.

Perjalanan diteruskan lagi ke Kuala Lumpur, ke KL International Hotel. Kami ke sana kerana 'Otai-otai' muzik berada di sana. Antaranya ialah En. Sabry (JPN Ps) dan En. Amri (SMK DERMA). Setelah itu, kami ke MidValley dan menghabiskan sebahagian masa lunch di sana. Elok juga kerana kami boleh menjamu mata dengan pelbagai jenis barang-barang yang memang tidak boleh didapati di Perlis. Tempat2 yang menarik ialah Pets House dan Guitar Collection. Akmaklumlah KUALA LUMPUR...pada pukul 2 kami bertolak ke Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga jam 5 petang. Aku sempat membeli 'Cleaning Kit set' untuk Nikon ku dari Selangor Photographers, Ting. 1 Pertama Kompleks. Sempat lepak di SecretRecipe, minum Coffee Latte.

Kami bertolak ke KLCC dan sampai di sana hampir pukul 6.30. Jam 7.30 kami masuk ke Dewan Plenary KLCC untuk menyaksikan GEMA GEMILANG 2008.

http://dnacompilation.fotopages.com/

Popular Posts