Monday, March 16, 2009

Cuti Persekolahan

Salam...Selamat bercuti persekolahan kepada anak-anak didikku.

Cuti2 jugak, pelajaran jangan lupa terutama bagi yang nak mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Masa cuti ni ambil lah peluang dan kesempatan membuat ulang kaji subjek2 tingkatan 1dan 2 bagi calon PMR dan tingakatan 4 bagi calon SPM. 

Jangan jadi seperti paku, bila diketuk baru masuk. Kejayaan memang perlukan pengorbanan. Kejayaan bukan datang bergolek atau boleh dihidangkan tanpa usaha yang setimpal...ambillah contoh dari pelajar yang menempa kejayaan besar dalam pelajaran. Usaha kunci kejayaan. 

Janganlah asyik berbangga dengan kejayaan dalam bidang sukan semata2. Pelajar yang cemerlang sebenarnya adalah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kesemuanya perlulah seimbang agar dapat menbentuk sahsiah diri yang terpuji. 

Ingatlah, kita bukan semakin muda...masa depan kita semakin jauh. Rancanglah kejayaan dan bukannya berserah pada ketentuan nasib hidup. Allah tidak akan mengubah nasib melainkan kitanya berusaha untuk mengubahnya.

Friday, March 13, 2009

AKU dan SMK DATO ALI AHMAD





SalamMuhibbah, Salam Blogger, Salam anak-anak muridku.

Semasa aku menulis blog ini, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku menghadapi saat-saat ini dalam hidup aku. Aku sukar gambarkan dengan kata-kata malah aku rasanya ini adalah kehilangan sepanjang karier aku sebagai pendidik.

Aku mula bertugas di SMK Seriab (SMKDAA) pada 2 Januari 2004 setelah menamatkan KPLI di IPDA pada tahun 2003. Aku diarahkan mengajar matapelajaran Produksi Multimedia iaitu salah satu elektif yang ditawarkan dalam kumpulan MPV (MataPelajaranVokasional).

Pelbagai kisah suka duka aku di sana. Rakan-rakan seperti Wan, Pak Ku, Pak Lah, C. Suaimi, C.Nordin, C.Azizan, Ustaz Nizam, Ustaz Ghazali, Arwah Ustaz Musa, C. Zanuddin, C. Rahim PKK Nasir, C. Sezali adalah rakan-rakan lain merupakan tempat aku berkongsi segala suka dan duka. Kenangan bersama mereka masih segar dalam ingatan.

Pada 16 Februari 2006, aku bertukar ke SMK Dato' Sheikh Ahmad, salah sebuah sekolah primier di Perlis. Hati aku amat berat namun atas arahan perkhidmatan, aku akur dan sedia berkhidmat di mana saja.

Jodoh aku dengan SMKDAA kembali pada 1 Januari 2009. Aku amat gembira kerana salah satunya dapat mengajar semula subjek opsyen aku iaitu Produksi Multimedia. 5 Januari 2009 merupakan hari pertama aku berkhidmat buat kali ke-2 di SMKDAA. Masih ada pelajar yang aku kenali dan mereka merupakan pelajar-pelajar ICTL semasa mereka di tingkatan 1 dan 2. Aku kembali bersemangat pemimpin Pasukan Kadet Polis yang mana ianya adalah satu kepuasan dalam diri selain pengajaran dan pembelajaran.
Hari demi hari aku semakin yakin berada di SMKDAA. Pelbagai program dan aktiviti bermain di benak fikiran untuk aku lakukan di sini sebagai pendedahan kepada pelajar sesuai dengan tugas sebagai pembantu jurulatih Pusat Kokurikulum Perlis. Penerimaan rakan-rakan terhadap diriku yang begitu mesra ianya membuatkan aku semakin bersemangat berada di SMKDAA. Aku masih ingat bagaimana lirik lagu sekolah ciptaan guru aku iaitu En. Suami Mohamad yang juga merupakan rakan sekerja. Segalanya indah, segala terlalu menggembirakan hidup aku. Kenangan kejohanan olahraga, perkhemahan pemantapan sahsiah pelajar, program Maulidur Rasul adalah program-program yang tidak dapat aku lupakan. Ya Allah...Indahnya hidup ini.

Namun dalam masa yang sama, aku berasa semuanya ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Pada 12 Mac 2009 setelah hampir 3 bulan aku di sini, sepucuk surat dari JPN dan tertera tajuk iaitu PEMBERITAHU PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41. Isi surat jelas menyatakan bahawa aku guru penolong ditukarkan Ketua Jurulatih Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perlis berkuatkuasa 1 Mac 2009.

Aku bertanya, adakah aku akan kehilangan gelak tawa, pekik memekik dan segala tindakan serta kelakuan anak-anak murid aku yang semakin hari timbul rasa kasih dan sayang. Ya, itulah perasaan aku terhadap mereka walaupun ada diantara mereka boleh dikatakan nakal, nakal golongan pelajar berumur diantara 13 dan 17 tahun apalah sangat. Mereka masih ditahap memerlukan tunjuk ajar dan nasihat dalam proses mengenali diri dan identiti mereka sendiri.

Itulah kenyataan yang aku harus terima, aku terpaksa meninggalkan mereka disaat aku mulai rasa keindahan dan kepuasan diri insan yang bergelar "cikgu". Usia perkhidmatan aku barulah 6 tahun, masih banyak pengalaman dan ilmu harus ditimba dalam usaha mempertingkatkan diri dalam mengharungi kerjaya yang begitu mencabar ini seperti dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan, iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul begitulah perumpaan yang boleh aku gantikan dengan perasaan aku sekarang. Namum pengalaman harus dicari, peluang harus digenggam dalam usaha mematang diri. Aku terima cabaran, aku sahut dengan hati terbuka.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMKDAA, pengetua En.Aminuddin Mustafa, Penolong Kanan, En. Kaman Halit, Tn. Hj Mohd Bokeri Abu Othman dan En. Nordin Ismail serat rakan-rakan seperjuangan atas peluang dan kepercayaan selama berada di SMKDAA. Kepada anak-anak didikku yang tersayang, cikgu bukan pergi dari kamu, cikgu masih berada bersama kamu, bak kata pepatah melayu, hilang dimata tidak dihati. Bagi cikgu, kamu adalah terbaik dikalangan terbaik. Blog cikgu sebagai perantara, SMS cikgu dikala memerlukan nasihat dan panduan...insyaAllah, doa cikgu untuk kejayaan kamu semua. Kelas 1A, 1B, 1C, 4MTM1, 4MTM2 4ST, 5 ST, Akaun, MTM dan SS kenangan bersama kamu semua tidak akan lekang dari ingatan. Berjanjilah pada diri, ibubapa dan bangsa, jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

SMKDAA tetap dihati.....



Tuesday, March 10, 2009

The Violin....

Salam...aku busan. Aku dah siap kerja sekolah, kerja rumah so aku tak der kerja. Lagipun minggu nie exam, so rileks la sikit. Aku amik violin, aku shoot and edit. Macam biasa.

Monday, March 9, 2009

MENCARI JALAN PULANG..


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AKTIKAN SEMULA HUKUMAN ROTAN




SALAM pendidik....Salam Blogger...SALAM Maulidur Rasul

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa hukuman rotan di sekolah akan diaktifkan semula sebagai tindak balas rasional bagi penyelesaian jangka pendek permasalahan disiplin pelajar. Bagaimanapun banyak pihak mempertikaikan keputusan ini tetapi DAMD berkata  keputusan ini wajar kerana peraturan dan undang-undang sekolah bukanlah suatu yang boleh diperkotak katikkan.

Tindakan ini dipertanggungjawabkan kepada pengetua dan guru besar selepas siasatan kes selesai. Peraturan dan undang-undang sekolah bukan suatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah. Katanya lagi, kita ada hak untuk menguatkuasakan apa yang perlu berdasarkan pertimbangan.

Itulah kenyataan yang kita kena terima. Kenyataan yang pelajar zaman kini sudah melampau. Kerap kali kita digemparkan dengan kegiatan tidak bermoral ini. Membuli, peras ugut, kongsi gelap, cabul dan banyak lagi yang memang jelas melanggar peraturan sekolah.  Pelajar-pelajar bukan sahaja bertindak semasa merek tetapi juga bertindak biadap dengan guru-guru. Mereka menengking, mencabar, mencalarkan kereta guru dan ada yang menendang guru. Ini semua disebabkan oleh kekebalan mereka yang kita sendiri tidak sedar. Hal ini dipikul oleh guru-guru yang tidak ada kekebalan kerana setiap kali guru mengambil tindakan, ada sahaja pihak yang mempertikaikan tindakan guru.

Ada ibubapa yang datang berjumpa guru dan berkata," kami dah tak tahu nak buat macam mana. Cikgu tolong la jaga anak kami". Persoalannya, apa yang boleh guru-guru lakukan melainkan hanya memberi nasihat. 

Kes di Perlis, pelajar menendang guru. Hal ini dipertikaikan banyak pihak  dengan menyalahkan guru bertindak ganas. Adakah mereka berada ditempat guru tersebut? Rasanya mereka juga akan melakukan perkara yang sama kerana ingin mempertahankan dirinya. Ibubapa sukar menerima kesalahan anak-anak dengan alasan anak tidak pernah buat masalah di rumah.

Ada kes pelajar lelaki yang dibuang dari sekolah lain, setelah membuat rayuan dibenarkan bersekolah semula. Pelajar ini masih melakukan tindakan yang sama, mengulangi apa yang pernah dilakukan dahulu. Pelajar ini telah melafazkan ikrar aku janji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama lagi. Pelajar ini juga terlibat dengan melarikan pelajar perempuan masa sesi persekolahan. Ibubapa pelajar perempuan berkenaan terpaksa menjejaki hingga ke awal pagi. Perbuatan yang biadap. Umur baru belasan tahun merayap sampai lewat malam. Ada kes pelajar perempuan menjadi mengedar rokok dan VDC lucah untuk pelajar-pelajar lelaki. Hebat!

Banyak lagi realiti kehidupan pelajar yang mungkin ramai tidak tahu. Hanya mereka yang bergelar pendidik mengalami masalah berurusan dengan pelajar-pelajar bermasalah ini. Pelajar-pelajar ini pandai menyembunyikan sifat keji mereka apabila bersama ibubapa. 

Diperingkat jabatan pelajaran banyak program dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam keadaaan disiplin terbaik. Misalnya program Jati Diri yang mengumpulkan pelajar-pelajar bermasalah dan cuba mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah mereka.

Diharapkan banyak pihak bekerjasama dalam memastikan masalah disiplin pelajar-pelajar dapat dikawal dan menghapuskan budaya samseng di sekolah dan dalam masyarakat. Mereka ini adalag golongan pemimpin masa hadapan. 

Monday, March 2, 2009

The Rose


Some say love it is a river
That drowns the tender reed.
Some say love it is a razor
That leaves your soul to bleed.

Some say love it is a hunger
An endless, aching need
I say love it is a flower,
And you it's only seed.

It's the heart afraid of breaking
That never learns to dance
It's the dream afraid of waking
That never takes the chance

It's the one who won't be taken,
Who cannot seem to give
And the soul afraid of dying
That never learns to live.

And the night has been too lonely
And the road has been too long.
And you think that love is only
For the lucky and the strong.

Just remember in the winter
Far beneath the bitter snow
Lies the seed that with the sun's love,
In the spring, becomes a rose.

Popular Posts