Monday, June 22, 2009

Rantai Yang Merosakan Akidah Muslim




Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.

Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu. Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah. “Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,” katanya.

Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya. “Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam." Bukan sekadar itu sahaja............. Terdapat banyak rantai,gelang dan cincin yang diukir dgn nama Allah di dalam pasaran.

Adakah kita terfikir siapakah yang menghasilkan rantai,cincin dan gelang yang diukir dengan nama Allah.Ya! kebanyakan mereka adalah daripada golongan yang bukan beragama Islam. Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dalam masa yang sama juga mereka ketawa kerana berjaya menyesatkan org islam yang jahil.




p/s: terima kasih kepada sahabat yang menyebarkan email ini. Thanks...

Tuesday, June 16, 2009

BILA DAH KALUT

Student bila dah kalut...



masa belajar asyik dok ngelat,

nak pegi kelas punyalah liat.

bila exam dah dekat,

mulalah cari buku cara study cepat,

semua cikgu ajar dah tak ingat,

baru sedar kepala otak berkarat,

result atas pagar bagi dia sikit punya hebat.



Employee bila dah kalut...



semua kerja dia ambik senang,

hari-hari asyik dok menghilang,

orang pegi ofis,dia tengok wayang,

sikit pun tak risau ekonomi sekarang,

bila tau dah nak kena buang,

baru kalut lintang-pukang,

eh!apa buat keja, pegila bersembang.



Employer bila dah kalut...



asal tengok ekonomi merosot,hotak dia mula la berserabut,

kena pulak ramai staff dah nak cabut,

suara garang dah jadi lembut,

tu la...dulu nasihat tak nak ikut,

la ni, bisnes nak bungkus baru nak kalut.



Orang kaya bila dah kalut...



masa susah mintak tolong orang,

bila dah senang tak ingat orang,

jasa orang langsung tak dikenang,

karang bila rate dah hilang,

barulah sibuk cari kitorang,

masatu sorry le kitaorang nak pandang,

aaaah! tak senang.



Orang tua bila dah kalut...



rumah kata pegi, kubur kata mari,

time tu baru nak sedar diri,

baru kalut cari sejadah, nak qada' solat yang sudah-sudah,

nak cover dosa yang bersepah-sepah,

baru ingat nak tobat, harap-harap belum terlambat.



Korang semua bila dah kalut...

dah terhantuk baru nak tergadah,

masa air ada sikit pun tak endah

*p/s: terima kasih untuk seorang kenalan yang mengirimkan email ini....NASI GORENG TULANG IKAN.:)

Popular Posts