"Whosoever does righteous good deed, it is for (the benefit of) his own self; and whosoever does evil, it is against his own self. And Your Lord is not at all unjust to (His) servants."
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan 2) Penyakit kaki gajah 3) Sakit pinggang 4) Sakit perut 5) Sembelit 6) Gangguan jantung 7) Radang perut 8) Alergi makanan 9) Sengal tulang 10) Sesak nafas 11) Asma 12) Insomnia 13) Cirit birit 14) Kejang otot 15) Kencing manis 16) Gangguan pundi 17) Menggigil 18) Kencing malam 19) Tonsil 20) Gatal-gatal 21) Radang usus besar 22) Stress 23) Gangguan pundi hempedu 24) Pusingan haid tidak teratur 25) Masalah Ginjal 26) Tekanan darah tinggi 27) Sakit lutut dan sendi 28) Sakit kaki 29) Sakit tulang belakang 30) Gangguan jiwa 31) Stroke 32) Gout 33) Rematoid 34) Bisul 35) Kurang imun 36) Sinus 37) Sakit kawasan perut 38) Gangguan rusuk 39) Buasir 40) Mandul 41) Kuat tidur 42) Membaiki peredaran darah 43) Pembuluh darah sempit/sumbat 44) Sakit punggung 45) Badan kurus 46) Membuang tabiat merokok 47) Sakit bahu/tengkuk 48) Pekak 49) Jangkitan kuman 50) Kurang daya ingatan 51) Kurang fokus 52) Sakit punggung 53) Gangguan pundi 54) Kaki semut-semut 55) Salah urat 56) Lumpuh menyeluruh 57) Lemah syahwat dan masalah prostat 58) Pening kerana gangguan haid 59) Sakit paha dan tapak kaki 60) Sejuk tapak kaki 61) Tegang/gelisah 62) Tumor otak 63) Lutut yang kaku 64) Gangguan pankreas 65) Kejang-kejang 66) Bisu 67) Penyakit mata 68) Berhenti haid 69) Bengkak testis 70) Tekanan darah rendah 71) Penyakit rahim 72) Keputihan 73) Masalah kesuburan 74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 75) Sihir 76) Saka
SEJARAH BEKAM
Bekam telah dikenali sejak zaman Nabi Musa a.s. Bekam adalah satu perkerjaan menghisap atau mengeluarkan darah dari badan dengan cup melalui permukaan kulit. Bekam lebih praktikal, tanpa kesan sampingan murah dan mampu merawat penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden.
Bekam adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan dan memulihkan sistem imuniti.
Sebenarnya bekam adalah satu teknik yang boleh membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah dengan cara ini sistem tubuh akan bangkit dan meningkat sistem imun.
HADIS-HADIS
Jika ada yang terbaik pada ubatan kamu, maka itu terdapat pada tusukan alat bekam, minuman madu, atau cucukan dengan kay (api) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan (Kay) - Shahih Bukhari, "Sebaik-baik pengobatan yang kamu lakukan ialah hijamah" - Al-hadis.
"Waktu yang paling baik bagi kamu untuk melakukan hijamah ialah 17,19,21 bulan Qomariah"- al-hadis. Yang terbaik ialah pertengahan bulan kerana cairan dalam tubuh bergolak dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambah cahaya rambulan". - Ibnu Sina.
Nurhalisma Binti Ajib adalah isteriku kini. Dilahirkan pada 31 Ogos 1985 di Perlis. Kami sah diijab kabulkan oleh "abah" pada 5 Mac 2010 jam 9.30 malam dirumahnya beralamat di Kg. Padang Nyaring Kangar.
Raja Ahmad bin RajaEndut dilahirkan pada 15 Jun 1892 di Kuala Kangsar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu sebelum ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak. Beliau mula menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (MAS) pada 1913 sebelum dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (MCS) pada tahun 1932. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Larut dan Matang, Perak.
YAB Dato' Haji Mohd. Razali bin Mohd. Ali Wasi
MENTERI BESAR PERLIS KEDUA (1948-1954)
Mohd. Razali bin Mohd. Ali Wasi dilahirkan pada 6 November 1903 di Teluk Intan (dahulu dikenali sebagai Telok Anson), Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah King Edward VII, Taiping sebelum ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Beliau menyertai Perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak sehingga menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya Tanah di Kedah, Pegawai Kewangan di Selangor dan Perak serta menjadi Pegawai Daerah di beberapa tempat lain. Pada tahun 1956 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilantik sebagai Menteri Besar, beliau juga pernah memangku jawatan yang sama sebanyaktiga kali pada hingga 1951 hingga 1952.
YAB Dato' Abdullah bin Sahat
MENTERI BESAR PERLIS KETIGA (1955-1959)
Abdullah bin Sahat dilahirkan 21 Disember 1911 di Parit Buntar, Perak. Setelah menamatkan persekolahan dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1932,beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pekan Pahang, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1949 dan pernah memangku jawatan Menteri Besar sebelum dilantik sepenuhnya pada tahun 1955. Pada tahun 1964 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran disamping menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pelajaran Agama Islam dan Pengarah di Persatuan Penyakit Barah Kebangsaan.
YAB Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim
MENTERI BESAR PERLIS KEEMPAT (1959-1972)
Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim dilahirkan pada 26 Disember 1896 di Pulau Pinang. Setelah menamatkan persekolahan beliau di Victoria Institution Kuala Lumpur dan lulus Senior Cambridge, beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Perlis selama 38 tahun. Kerjaya beliau bermula sebagai kerani, seterusnya sebagai Pegawai Kastam sehingga menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau turut bergerak aktif dalam kancah politik semenjak tahun 1946 dan antara jawatan penting yang disandang adalah sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan (1948-1959), Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pengerusi Penasihat Lembaga dan Urusan Tabung Haji.
YAB Datuk Jaafar bin Hassan
MENTERI BESAR PERLIS KELIMA (1972-1981)
Jaafar bin Hassan dilahirkan pada 16 Mei 1926 di Kangar, Perlis. Setelah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan menyambung pelajaran seterusnya di England dengan mengambil jurusan undang-undang. Setelah lulus dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Lincoln’s Inn beliau telah berkhidmat sebagai Peguam di Alor Setar, Kedah disamping bergerak aktif dalam bidang politik, sebelum dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1972.
YAB Datuk Haji Ali bin Haji Ahmad
MENTERI BESAR PERLIS KEENAM (1981-1986)
Ali bin Ahmad dilahirkan pada 28 Januari 1925, di Kampung Behor Temak, Kangar, Perlis. Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Melayu, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sehingga menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Perlis. Penglibatan beliau dalam kancah politik bermula sejak tahun 1946 lagi dan selepas bersara dari perkhidmatan perguruan beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1976 hingga 1978. Dalam pilihanraya negeri tahun 1978, beliau telah berjaya dan dilantik menjadi Ahli Exco Negeri sebelum dilantik sebagau Menteri Besar pada 16 Mei 1981.
YAB Tan Seri Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh
MENTERI BESAR PERLIS KETUJUH (1986-1995)
Abdul Hamid bin Pawanteh dilahirkan pada 27 Julai 1944 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar dan kemudiannya ke Penang Free School, Pulau Pinang. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Decca College, Karachi, India dan berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Setelah kembali ke tanah air, beliau telah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur dan kemudiannya di Hospital Kangar, Perlis sebelum membuka klinik sendiri. Dalam masa yang sama beliau melibatkan diri dalam bidang politik, sehingga akhirnya beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada bulan Ogos 1986.
YAB Dato' Seri Shahidan bin Kassim
MENTERI BESAR PERLIS KELAPAN (1995-2008)
Shahidan bin Kassim dilahirkan pada 17 Jun 1951 di Tambun Tulang, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pada tahun 1973, beliau telah Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sejarah dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pelajaran dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan dari Institute of Social Studies, Holland. Beliau memulakan kerjayanya di pelbagai agensi dan kementerian seperti Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Pejabat Kemajuan Negeri Perlis, Kementerian Pertanian da sebagainya. Pada tahun 1986 beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Kawasan Arau dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar pada Jun 1995 setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Tambun Tulang.