Kangar, 9 Februari 2009. Aku cuba merakamkan perubahan bulan pada malam 9 Februari bermula pada jam 2035 sehingga 0045, 10 Februari 2009.
Secara mata kasar aku tidak dapat melihat sebarang perubahan yang berlaku, cuma sekali-sekala pergerakkan awan melindungi penglihatan dan bulan agak kabur. Aku tidak pasti apakah perubahan pada gambar yang dirakam ini yang membawa maksud kejadian gerhana bulan.
Apa pun, bulan ada ciptaan Allah yang tidak mampu manusia lemah ini mencipta atau merubah bentuk.
Teori menyatakan bahawa Neil Amstrong adalah manusia pertama mendarat ke bulan juga turut disangkal. Ini kerana, untuk ke ISS sahaja, bekalan bahan api yang diperlukan adalah sebanyak 3 hari perjalanan terus-menerus tanpa henti untuk sampai ke ISS. Kedudukan bulan adalah lebih jauh dari ISS, maknanya bahan api yang diperlukan adalah jauh lebih banyak iaitu 7 hari perjalanan.
Hanya Allah yang mengetahui dan kita manusia tidak dapat mengatasiNya...
0 comments:
Post a Comment