Friday, March 13, 2009

AKU dan SMK DATO ALI AHMAD





SalamMuhibbah, Salam Blogger, Salam anak-anak muridku.

Semasa aku menulis blog ini, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku menghadapi saat-saat ini dalam hidup aku. Aku sukar gambarkan dengan kata-kata malah aku rasanya ini adalah kehilangan sepanjang karier aku sebagai pendidik.

Aku mula bertugas di SMK Seriab (SMKDAA) pada 2 Januari 2004 setelah menamatkan KPLI di IPDA pada tahun 2003. Aku diarahkan mengajar matapelajaran Produksi Multimedia iaitu salah satu elektif yang ditawarkan dalam kumpulan MPV (MataPelajaranVokasional).

Pelbagai kisah suka duka aku di sana. Rakan-rakan seperti Wan, Pak Ku, Pak Lah, C. Suaimi, C.Nordin, C.Azizan, Ustaz Nizam, Ustaz Ghazali, Arwah Ustaz Musa, C. Zanuddin, C. Rahim PKK Nasir, C. Sezali adalah rakan-rakan lain merupakan tempat aku berkongsi segala suka dan duka. Kenangan bersama mereka masih segar dalam ingatan.

Pada 16 Februari 2006, aku bertukar ke SMK Dato' Sheikh Ahmad, salah sebuah sekolah primier di Perlis. Hati aku amat berat namun atas arahan perkhidmatan, aku akur dan sedia berkhidmat di mana saja.

Jodoh aku dengan SMKDAA kembali pada 1 Januari 2009. Aku amat gembira kerana salah satunya dapat mengajar semula subjek opsyen aku iaitu Produksi Multimedia. 5 Januari 2009 merupakan hari pertama aku berkhidmat buat kali ke-2 di SMKDAA. Masih ada pelajar yang aku kenali dan mereka merupakan pelajar-pelajar ICTL semasa mereka di tingkatan 1 dan 2. Aku kembali bersemangat pemimpin Pasukan Kadet Polis yang mana ianya adalah satu kepuasan dalam diri selain pengajaran dan pembelajaran.
Hari demi hari aku semakin yakin berada di SMKDAA. Pelbagai program dan aktiviti bermain di benak fikiran untuk aku lakukan di sini sebagai pendedahan kepada pelajar sesuai dengan tugas sebagai pembantu jurulatih Pusat Kokurikulum Perlis. Penerimaan rakan-rakan terhadap diriku yang begitu mesra ianya membuatkan aku semakin bersemangat berada di SMKDAA. Aku masih ingat bagaimana lirik lagu sekolah ciptaan guru aku iaitu En. Suami Mohamad yang juga merupakan rakan sekerja. Segalanya indah, segala terlalu menggembirakan hidup aku. Kenangan kejohanan olahraga, perkhemahan pemantapan sahsiah pelajar, program Maulidur Rasul adalah program-program yang tidak dapat aku lupakan. Ya Allah...Indahnya hidup ini.

Namun dalam masa yang sama, aku berasa semuanya ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Pada 12 Mac 2009 setelah hampir 3 bulan aku di sini, sepucuk surat dari JPN dan tertera tajuk iaitu PEMBERITAHU PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41. Isi surat jelas menyatakan bahawa aku guru penolong ditukarkan Ketua Jurulatih Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perlis berkuatkuasa 1 Mac 2009.

Aku bertanya, adakah aku akan kehilangan gelak tawa, pekik memekik dan segala tindakan serta kelakuan anak-anak murid aku yang semakin hari timbul rasa kasih dan sayang. Ya, itulah perasaan aku terhadap mereka walaupun ada diantara mereka boleh dikatakan nakal, nakal golongan pelajar berumur diantara 13 dan 17 tahun apalah sangat. Mereka masih ditahap memerlukan tunjuk ajar dan nasihat dalam proses mengenali diri dan identiti mereka sendiri.

Itulah kenyataan yang aku harus terima, aku terpaksa meninggalkan mereka disaat aku mulai rasa keindahan dan kepuasan diri insan yang bergelar "cikgu". Usia perkhidmatan aku barulah 6 tahun, masih banyak pengalaman dan ilmu harus ditimba dalam usaha mempertingkatkan diri dalam mengharungi kerjaya yang begitu mencabar ini seperti dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan, iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul begitulah perumpaan yang boleh aku gantikan dengan perasaan aku sekarang. Namum pengalaman harus dicari, peluang harus digenggam dalam usaha mematang diri. Aku terima cabaran, aku sahut dengan hati terbuka.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMKDAA, pengetua En.Aminuddin Mustafa, Penolong Kanan, En. Kaman Halit, Tn. Hj Mohd Bokeri Abu Othman dan En. Nordin Ismail serat rakan-rakan seperjuangan atas peluang dan kepercayaan selama berada di SMKDAA. Kepada anak-anak didikku yang tersayang, cikgu bukan pergi dari kamu, cikgu masih berada bersama kamu, bak kata pepatah melayu, hilang dimata tidak dihati. Bagi cikgu, kamu adalah terbaik dikalangan terbaik. Blog cikgu sebagai perantara, SMS cikgu dikala memerlukan nasihat dan panduan...insyaAllah, doa cikgu untuk kejayaan kamu semua. Kelas 1A, 1B, 1C, 4MTM1, 4MTM2 4ST, 5 ST, Akaun, MTM dan SS kenangan bersama kamu semua tidak akan lekang dari ingatan. Berjanjilah pada diri, ibubapa dan bangsa, jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

SMKDAA tetap dihati.....



1 comments:

Cik Edayu Rais said...

erm nk komen ape nie awk?
cmnielaa...hehe(iklan pepsi)..bese laa tuh as gov servant trpkse je ikut arahan kene transfer...siannye sedey kene tinggai kn anak didik kesygnnye...kucing kesygn ade x?hehe...pe2 pun..nnti tmpt br awk leh dpt pengalaman br kan...so..go ahead!!!

Popular Posts