Sunday, April 5, 2009

Kenangan Truck 3 Tan ATM

Melihat kepada keadaan kemalangan ini, aku teringat satu kisah melibatkan satu platun PKBM SM Syed Hassan pada tahun 1992. Aku sendiri merupakan salah seorang dari anggota PKBM tersebut.

Sebelum aku menceritakan kisah itu, kemalangan di atas berlaku di Lencongan Barat Timah Tasoh yang menjadi laluan harian aku ke tempat kerja. Kejadia berlaku pada jam 0800 setelah trak tersebut menghala ke Pusat Ko bagi mengambil anggota PKBM untuk pertandingan menembak. Perkhemahan PKBM sedang diadakan di Pusat Kokurikulum bermula dari 3 - 6 April.

Semasa merakamkan peristiwa ini aku dalam perjalanan balik ke Kangar. Melihat pada kejadian, aku memberhentikan kereta SATRIA lalu menghampiri pemandu trak tersebut. Berdasarkan daripada penjelasan, beliau mengelakkan daripada sebuah kereta yang sedang memotong sebuah motorsikal dari arah bertentangan. Beliau sempat mengelak tetapi tayar trak sudah pun mencecah bahu jalan dan menyebabkan hilang kawalan. Trak tersebut merempuh pokok jati ditepi jalan. Keadaan pemandu selamat dan tiada pelajar semasa kejadian berlaku.

Berbalik kepada kenangan aku, semasa kemalangan itu berlaku, kami mengadakan satu latihan serang hendap di kebun getah berhampiran Bukit Wang, Kedah. Keadaan di dalam trak pada ketika itu agak sesak. Aku terdengar suara rakan berkata, "sat lagi ghasa tebalik trak ni"...sebaik sahaja habis bercakap, kemalangan benar2 berlaku. Pada ketika itu tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan anggota PKBM yang rata2 berusia 14 hingga 16 tahun. Pada ketika tu aku baru berumur 14 tahun. 

Keadaan ruih rendah, aku terdengar suara menangis, suara memekik minta tolong, ada yang menahan kesakitan. Aku terasa kepala dipijak berkali dengan keadaan gelap gelita. Aku mula teringat mak bapa adik beradik di kampung. Dalam hati aku, aku MATI. Aku mengucap dan memohon Allah selamatkan kami. 

Setelah lama berada dalam kegelapan, tiba2 suasana menjadi cerah. Kelihatan rakan2 berpusu2 keluar menyelamatkan diri, begitu juga aku, berusaha untuk keluar dari trak tersebut. Aku gagal dan aku mendapati jari telunjuk aku terhimpit diantara tanah dan besi bumbung trak. Aku cuba menarik dan akhirnya aku nekad, jika jari ini putus itu sudah nasib diri. Aku menarik dengan satu sentakan yang kuat, lalu darah mengalir melalui jari yang tercedera. Air mata mengalir bersyukur kerana aku selamat. 

Trak yang dipandu mengelak dari sekumpulan mat motor disatu selekoh tajam. Trak itu, bergolek berkali2 dan akhirnya berhenti dengan keempat2 tayar berada diatas dalam dan masih berputar. Salah seorang dari rakan aku, mengalami kecederaan serius. Orang ramai datang memberi bantuan. Kami dibawa ke Hospital Alor Setar untuk rawatan...

Nanum semangat untuk berjuang dalam pertandingan amat tinggi, tetapi kami terpaksa akur kerana kekurangan anggota, kami dilarang bagi menyertai semua aktiviti. Walaubagaimana pun, platun PKBM SMSH merupakan pasukan yang disegani pada waktu itu dengan gelaran JOHAN KAWAD PASUKAN BERUNIFORM TERBAIK sempena HARI KEMERDEKAAN 3 tahun berturut2. Ustaz Noor Nasaruddin merupakan Leftenan Muda PKBM pada ketika itu berjaya memimpin kami sebagai sebuah platun yang mampu menjulang nama sekolah. Terima kasih Tuan Nasaruddin. 

Platun PKBM SM Syed Hassan

6 comments:

Yuna@Fah said...

pastinya pengalaman yg x dapat dilupakan...sy pun penah accident, mase tu bawak ank buah, nasib baik la die x ape2... jd ape2 kt sy xpe, yg penting die selamat..Alhamdulillah, semua ok

Nimsaroj said...

bulan 4 tahun lepas sy xccident...3 bulan kereta kat bengkel..:) sampai sekrg nie asa fobia juga bila tgok lori kat depan..

WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN said...

salam jo.. tengok pada trak tu,,,, teruk tapi syukurlah tiada pelajar masa tu....

Nimsaroj said...

salam Wan...tu la..Alhamdullilah. Xdapat bayangkan kalau masa tu ada budak kan...

www.caribuku.com said...

PKBM lebih baik dari KRS. Sebab boleh pupuk minat menjadi askar.

Nimsaroj said...

KRS adalah pasukan kadet KEMENTERIAN PELAJARAN..sum pasukan kadet atau apa saja yang menjadi kokurikulum ada kebaikan...

cuma terserah pada individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan sikap peserta dalam menerima ilmu..

Popular Posts