Sunday, December 28, 2008

Menyampah, Bengang, APA sudah jadi.....?

Dimana letaknya Al-Quran pada kita?


Assalamualaikum....salam Maal Hijrah.

Aku bingung, xfaham...Malam Maal Hijrah cam nie masih ada program nyanyian. Melalak sana, melalak sini, lompat sana lompat sini...si pompuan plak pakai cam xnak pakai....sama gak ngan lelaki...

Inikah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W? inikah yang ditinggalkan oleh Baginda? Inikah nilai2 dalam ajaran Islam?

Bangga, kagum dan riak menyanyi, teriak atas pentas...gaul laki pompuan, bukan muhrim. Inikah nilai2 dalam Islam Hadhari yang diwarwarkan? Suara sedap digunakan kearah yang mungkar...menggalakan maksiat. Allahuakbar! Suara tu Aurat perempuan...

Bayangkan, anda menemui ajal semasa berada dimajlis begitu? Xrasa malu ker? Xrasa menyesal ker? Artisnya adalah dari yang beragama Islam begitu juga penonton..

Malaysia nie banyak sangat hiburan yang melalaikan? Persembahan, nyayian, kelab2 malam, pesta...semua tu melalaikan masyarakat. Lepas tu kecoh dapat anak luar nikah, maksiat sana, maksiat sini. Seks sana, seks sini. Ajaran Islam ker? Bagaimana dengan program2 keagamaan? jawapannya, xdpt sambutan.

Dunia sudah hampir kiamat. Bagaimana persediaan kita ke Akhirat? Muhasabah diri kita, sejauh mana tahap keimanan dalam diri. Jangan bila ditegur nak menegakkan benang yang basah. Benda2 lalai nie dah jatuh hukum haram. So apa lagi nak dipertikaikan?

Belajarlah dari peristiwa hijrah Rasulullah, hijrah ke arah kebaikan. Kita hamba Allah ni patutnya bersyukur dengan kemewahan dan keamanan negara tercinta ini. Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.

Bacalah Al-Quran dengan suara yang dianugerahkan...zikirlah. Allah Maha Pengampun.

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu keberkatan, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan, SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430 HIjrah

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x


Sambutan MAAl HIJRAH 1430H Vs TAHUN BARU 2009

Selalunya sambutan tahun baru akan dimeriahkan dengan pelbagai acara. Masyarakat dikumpulkan di suatu tempat bagi menyambut tahun baru. Berkumpullah lelaki dan perempuan, berhimpit, bersesak menyaksikan persembahan artis kesayangan masing2...jerit pekik memanggil, melaung nama artis. Ada yang tidak pulang ke rumah, bermalam di rumah teman lelaki begitulah sebaliknya....

Bagaimana dengan persiapan sambutan MAAL HIJRAH? Apa yang sedih, ada diantara umat Islam tidak tahun langsung mengenai MAAL HIJRAH...Allahuakbar.

Inikah ISLAM HADHARI? Inikah cara hidup ISLAM kini?

Ya Allah, Kau Maha Berkuasa, bukalah hati2 manusia2 ini untuk kembali kepada agamaMU, jangan Kau simpangkan hati2 mereka dari terus hanyut ke lembah dunia yang penuh dengan kepura-puraan...

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu keberkatan, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan, SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430

PLKN - Pengecualian dan Penangguhan





PLKN sudah lama berlalu, macam2 isu timbul hasil. Pelbagai kaedah digunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Masihkah kita ingat, bagaimanakah tindakan penyelesaian diambil terhadap peserta PLKN dari utara Malaysia yang enggan menghadirikan diri ke PLKN satu ketika akibat dari masalah kesusahan yang melampau? Bukankah dia dihadapkan ke mahkamah? bagaimana dengan remaja yang mengalami masalah berat badan yang terlalu obes? masihkah kita ingat? namun apapun mereka tetap dikenakan arahan untuk menyertai PLKN.

Hari ini timbul artis kita yang kononnya menangguhkan penyertaan ke PLKN atas alasan yang tiada dalam perintah pengecualian dan penanggguhan PLKN. Alasan terikat dengan kontrak? Kontrak dengan kerajaan? Ini kes pertama melibatkan artis ke?

"Mana boleh tangguh, kecuali kalau ada masalah kesihatan saja", kata seorang pelajar yang menghadiri PLKN 2008. Macam2 lagi, "nanti saya pun nak mohon penangguhan jugaklah".

Berikut ni adalah pengecualian dan penangguhan PLKN:

Pengecualian
  • celaru mental
  • perakuan oleh PPK mengalami kecacatan fizikal
  • menjalani hukuman penjara / tahanan
  • rawatan dan pemulihan dadah
  • ditahan di bawah Akta Kanak2 2001
  • menghidap penyakit yang membawa maut
  • menghidap penyakit berjangkit
  • program sepenuh masa di institusi khas sahaja
  • wanita yang mempunyai anak kandung
Penangguhan
  • akan menduduki peperiksaan utama dalam tahun yang mana dikehendaki menjalani PLKN
  • sedang meneruskan pengajian dalam tempoh dikehendaki menjalani PLKN
  • apa2 sahaja kesusahan luar biasa
Bagaimana pula dengan terikat dengan kontrak glamour? Bukan kah alasan itu tidak cukup kuat untuk penangguhan? Adalah takut dibuli peserta PLKN lain? takut tak ada kawan? menjejaskan kejelitaan diri? adalah PLKN menjatuhkan maruah dan glamour?

Sepatutnya jadilah idola, contoh teladan dan berani sahut cabaran kerajaan itulah baru warga Malaysia yang cekal dan tabah. Tidak ada alasan walau dalam apa jua keadaan. Kaji dan kaji semula yang yang telah berlaku. Jangan biarkan ketegasan dan ketelusan dipermainkan....

MAJU PLKN.....MAJU ANAK BANGSA...

p/s: kerabat diRaja, anak menteri dan VVIP cam ner ek?



Mengapa pilih jalan ini...


Assalamualaikum...Salam Muhibah...

Hari ini aku menjalankan kerja-kerja merakamkan saat2 manis pasangan bahagia, foto perkahwinan.

Semasa rehat untuk menunaikan Zohor, aku ke satu tempat di kampung tersebut. Apa yang mengejutkan aku ialah ada longgokan botol2 minuman keras. Dari timbunan tersebut dapat dianggarkan jumlah botol2 tersebut boleh dikatakan menghampiri seratus....

Dari mana datangnya botol ini, penduduk kampung ini terdiri dari masyarakat Melayu beragama Islam. Itu persoalan yang bermain diminda dan mengapa ini terjadi? Dikampung itu terdapat sebuah kedai runcit yang diuruskan oleh kaum Cina..

Baru2 ini gempar bahawa ada kegiatan meminun minuman keras dikalangan remaja pelajar sekolah. Mereka melakukan kegiatan ini selepas sesi persekolahan, dan mereka adalah pelajar-pelajar Melayu beragama Islam...

Arak dan minuman yang memabukkan adalah haram disisi Islam. Mengapa ada penganut Islam masih tertarik untuk mengambil minuman ini walaupun hanya sekadar suka2?...

Ingatlah, Yahudi sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam...sedarlah wahai umat Islam....

Allah melihat apa yang kita lakukan...


Thursday, December 25, 2008

Kawan oh Kawan.....!

Aku xingat bila aku berbual ngan kawan aku, nama dirahsiakan...ada dua kisah..masa aku belajar di UKM dulu, dan 1 lagi masa aku dah bergelar pendidik ni..itulah kawan...xpenah sunyi dr nak hiburkan kan kawan2.....

Masa aku di UKM
Lokasi: Warung depan Kolej Kediaman YPM Bangi.

kawan a: "aku rasa nak beli motor la..tp xtahu jenis apa...aku ingat biasa2 ja"

kawan b: "eloklah lagu tu, boleh kawan pinjam ka tumpang ka...hahahaha"

kawan c: "eloklah, jangan jadi cam kawan kita dah la, bawak motor tp tumpang kawan, kemut"

kawan a: "hahaha tu la pasai, aku ingat nak beli Yamaha SS"

kawan b: "aku pun nak beli juga la...aku nak pakai Kriss ja....xader clutch. aku xreti pakai ganas
ne..."

kawan d: "woi2! korang beli motor aku pun nak gak, tp aku xtau jenis apa lagi"

kawan b: "hang tu tinggi, mana leh pakai moto jenis nie, asa2 aku pakai moto besaq la"

kawan a: "motor jenis apa hang nak pakai"

kawan d: "aku dok fikir2 aku nak pakai jenis MOTORSIKAL jer..."

semua org ketawa sebab mamat nie bercakap dalam nada and muka serius selamba dia ja...loyar buruk...hehehe

Masa aku dah bekerja

Lokasi: rumah kawan aku di Jalan Mata Ayer, Perlis

aku: "aku nak tukaq pakai Naza la...aku bekenan Naza Citra..bentuk dia yang aku suka"

kawan: "aku sokong, nanti boleh la aku test...hehehehe"

aku: "hang x teringin ka nak pakai keta baru? cam2 jenis ada"

kawan: "hang tanya aku bila nak pakai keta baru? hehehe...hang xtau ka..aku dah lama pakai
Naza nie"

aku: "oit, bila masa yang hang pakai Naza? aku xpernah tgok pun?" hang pakai jenis apa?

kawan: "hahahaha, hang xtau ka aku pakai NAZARIAH....hahahaha"

aku: "ceh hampeh, aku ingat sungguh la, lupa kata bini hang nama Nazariah, tekena dah aku
hari ni"..

Cam tu la kawan2, kawan itu indah, kawan itu pedih, kawan itu derita, kawan itu penawar. Kawan adalah segala2nya....berkawan lah selagi mampu, berkawan biar ramai, berkasih biar satu...

Terima kasih kawan....


Wednesday, December 24, 2008

Cicak mempunyai 2 kepala macam CATDOG

Kecoh! Gempar! Pelik tapi benar.
Itulah yang terjadi. Penemuan cicak berkepala dua berhampiran 7 eleven, Taman Sena Kangar.

Aku dapatkan gambar dari seorang kawan, Budin semasa kami minum di Mai Cafe.

Petikan akhbar berita harian 20 Disember 2008

KANGAR 20 Dis. - Seorang peniaga barangan telekomunikasi di sini terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang mempunyai dua kepala di Taman Sena di sini hari ini.

Mohd. Roslan Hashim, 41, berkata, kepala cicak ‘kedua’ itu terdapat di bahagian ekor cicak tersebut yang ditangkap olehnya pada malam Khamis lalu berhampiran kedainya.

Katanya, pada mulanya dia tidak mempercayai terdapat cicak berkepala dua apabila ada pelanggan yang melihat cicak itu dan memberitahunya.

”Mereka ingin meminjam kamera untuk mengambil gambar cicak berkepala dua itu.

”Apabila melihat sendiri baru saya percaya kerana pada bahagian ekor cicak itu memang terdapat bentuk seakan-akan kepala dengan bentuk seperti mata dan mulut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, kewujudan cicak berkepala dua itu menjadi tarikan apabila pelanggan yang datang ke kedainya kehairanan melihat cicak yang unik tersebut.

”Saya meletakkannya di dalam bekas kaca serta memberikannya makan serangga.

”Pada penglihatan saya cicak itu berada dalam keadaan sihat kerana ia sangat aktif,” katanya.

Tambahnya, dia bercadang menghantar cicak itu kepada mana-mana pihak yang berminat membuat kajian mengenainya.

”Saya tidak berminat untuk menjual cicak ini kerana bagi saya ia sangat istimewa dan sukar ditemui.

”Cicak ini akan dipamerkan di kedai saya agar pelanggan yang datang dapat melihat keunikannya,” katanya.


Tuesday, December 23, 2008

Taman Masmuda

Salam Ukhuwah...

Ini adalah gambar perumahan Taman Masmuda, Jalan Bintong, Kangar. Kawasan ini berhampiran dengan rumah kediaman Raja Muda Perlis.

Plot rumah yang aku beli adalah plot 53. Rumah teres setingkat dengan 3 bilik., 2 tandas amat selesa. Aku ni tak lah rajin sangat nak beli yang luas2, jadi dengan ini aku boleh menumpukan pada hiasan landskap yang kecil sahaja. Harga RM 132,000.00 Kos tambun tanah di Perlis menyebabkan kawasan perumahan di sini agak tinggi harganya..

Untuk rekaan dalam rumah ini, aku akan upload kemudian nanti...InsyaAllah...


MOHD JORASMIN

Terima kasih BUNGA KASIH atas info yang menarik....

Aku dapatkan ini dari http://name.crazyartzone.com/ yang mana aku juga dapatkan dari rakan blog aku Sharifah...

Hanya kita yang tahu siapa kita...bak kata pepatah, "Hanya Jauhari mengenal manikam"...kita boleh tanya org siapa kita, tp mungkin kita berselindung dr sifat sebenar kita....tanya buruk baik kita, tanya lah rakan2...ketegasan kita tanyalah anak2 atau sedara, kasih sayang, romantik tanyalah isteri sesapa yang ada isteri.....hehehehe



teman tapi Mesra
Oportunis
pontianak Harum Sundal malam
Dinamik
Jujurla padaku
Oportunis
Ramah bukan Rahmah
Amanah Ikhtiar Malaysia
Suci dalam debu
Hitam itu Menawan
Ikhlas tapi jauh
Naif



Monday, December 22, 2008

Sesi Persekolahan 2009..




Aku sudah pun dimaklumkan akan bertukar ke SMK Abi bagi sesi 2009, aku pun membuat persediaan untuk manghadapi sesi persekolahan akan datang ini.

Pada hari ini aku ke SMK Perlis. Sekolah yang sedia maklum penuh dengan onak dan duri. aku dan kawan2 berjihad ke arah membentuk pelajar yang berdisiplin dan keadilan terhadap warganya...xlupa, Azlee, Syed, Asri, Naga, Rizal, Kamarul dan ramai lagi...apa yang mengejutkan aku ialah aku pertukaran aku ke SMK ABI dibatalkan...aku hairan dan rasa kecewa...satu surat diserahkan kepada aku, arahan pembatalan ke SMK ABI dan aku ditempatkan di SMK Dato' Ali Ahmad untuk sesi 2009.

SMK Dato' Ali Ahmad adalah SMK SERIAB pada asalnya SMK SERIAB adalah sekolah pertama aku berkhidmat sebagai guru..aku kembali ke sana..aku terkejut dan rasa bersyukur kerana ini adalah pilihan pertama semasa aku mengisi borang tukar dulu...SMK Abi adalah pilihan kedua...

3 Tahun aku tak dapat ngajar subjek MPV Multimedia, satu jangka masa yang amat membuatkan aku hilang fokus...

Alhamdullilah...

Sunday, December 21, 2008

GPS H3020


Assalamualaikum...

Aku nak kongsi dengan kawan2 semua...ni GPS model H3020 Blue Thunder - IN CAR SATELLITE NAVIGATION SYSTEM harga RM799.

Features:
  • Slim and fashionable design, boleh dimasukkan ke dalam poket
  • navigasi dari pintu ke pintu dengan, GPS reciever yg High Sensitivity
  • Instant Reroute jika kita tersalah laluan
  • Dilengkapi dengan POI (Points if Interest)
  • panduan suara yang jelas dalam bahasa pilihan anda
  • 3.5" TFT Display dengan panel sentuhan
  • 2D dan 3D pandangan navigasi
  • Picture and text viewer
  • bleh dengar music dan fungsi multimedia
  • SD Card slot
  • Disertakan dengan Licence Mapkign MAP
Aku dah cuba banyak laluan, Alhamdullilah, takat sekarang nie memang berguna untuk panduan kita.

Layari http://www.bluethunder.asia.com/


Saturday, December 20, 2008

Kuala Lumpur tungguuu aku cabar kau...!

Tn. Rahim Mohamed

Aku Dalam Bunga Raya II

No.126

Permandangan Kuala Lumpur

On the way to meeting room

TIME SQUARE

Aku ke Kuala Lumpur pada 16 - 19 Disember 2008.
Menetap di Hotel Maluri Kuala Lumpur.....

Kena wat teknikal data budget Pusat Ko dengan Penolong Pengarah semua Pusat Ko Malaysia.

Selain dari PP Tasoh Tn. Ishak, dapat kenal dengan Tn. Shariff(PKKTerengganu) - YDP PP, Tn. Zaini (PKKPerak), Tn. Jamsari (PKKMelaka), Tn. Ali (PKKN9), Tn. Shauki (PKKWPKL), Tn. Nordin(PKKJohor), Tn. Shafie (PKKPahang), Hj. Husaini (PKKPulauPinang), Hj. Ibrahim(PKKSelagor), Datu (PKKSSsbah), Adit (PKKSarawak), Tn. Mohd Dun (PKKL), En. Yusof(PKKKelantan), Tn. Shukri( PKKKedah), dan Tn. Salim(PKKPutraJaya)

Aku sebilik dengan Tn Rahim (PKKPerlis) - No. 126.

Bengkel bagi pemurnian laporan Pusat Kokurikulum Tahunan akan diadakan di Pulau Pinang pada Januari 2009



Wednesday, December 17, 2008

KEPALA BABI

Apa ini semua, kenapa begitu CELAKA sangat tindakan begini...

Apa masalah sampai melampau buat tindakan cam nie? Nak ugut? Nak takutkan bangsa yang sensitif dengan BABI yang memang haram ini?

Ya Allah, jangan biarkan manusia2 ini mengganggu gugat umat Islam dan menghancurkan Islam. Bantulah kami hambarMu yang serba lemah ini....

Sunday, December 14, 2008

Kepada Allah Jua Kita Kembali...

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".


لاَّ يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُوْنِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُواْ مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


Kejayaan Yahudi Laknatullah

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir.....bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga...Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga ......Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ..sembahyang boleh angguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

10 wasiat As Syahid Hasan al-Banna

Marilah kita ikuti wasiat ini....sama2 kita fikirkan...

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Bayi dan Ikan Lumba2

Aku menonton berita Tv9, ada kes pembuangan bayi di dalam tandas sebuah kedai yang terletak di Kampung Tradisi Changloon. Tergamak manusia yang dikurniakan akal fikiran dan merupakan sebaik2 ciptaan Allah membuat kerja-kerja keji. Bertindak mengikut nafsu pasangan-pasangan yang bercinta. Bila dah nafsu menguasai jiwa, akal tidak dapat berfikir mana dosa dan pahala, mana keji dan mulia. Manusia ini hanya bertopengkan manusia.

Melepaskan nafsu seks yang buas terhadap kekasih. Bila dah mengandung dan lahir bayi yang tak berdosa dibuang macam sampah. Itu lah kejinya dan hinanya manusia yang diberi akal dan fikiran, sanggup bertindak jauh lebih kejam dari BINATANG.

Anak gadis yang menggatal pun patut disalahkan. Tidak pandai menjaga maruah dan kesucian diri. Termakan pujuk rayu jantan iblis dengan menyerahkah kehormatan diri. Golongan jenis ini tidak mengenang budi ibu bapa yang menjaga sejak dari lahir hingga remaja atau meningkat dewasa.

Si jantan pula terpengaruh dengan video-video lucah melayu yang bercambah di mana2. Mereka pula mempraktikkan apa yang dilihat terhadap insan yang kononnya disayang dan dicintai. Kalau cinta dan sayang kenapa harus rosakkan golongan yang lemah ini. BINTANG ke MANUSIA....

Di Pulau Pinang pula, seekor ikan lumba2 ditemui tersangkut pada benteng penghadang ombak. Kesian ikan itu, dari mana ia datang. Usaha2 untuk menjaga perairan dan hidupan laut haruslah ditingkatkan supaya dapat memeliharan khazanah lautan ini supaya tidak pupus disebabkan kerakusan manusia sendiri...

20 tahun menggamit kenangan.....

Man


Yusri


Assalamualaikum...salam muhibbah

Tanggal 13 Disember 2008 tercatat kekal dalam memori aku. Pada tarikh ini Qada dan Qadar Allah telah menemukan aku dengan seorang sahabat lama semasa aku belajar di tahap satu lagi. Beliau yang dimaksudkan ialah Yusri. Seingat-ingat aku jawatannya ketika di sekolah dulu adalah ketua darjah.

Semuanya terjadi tanpa diduga. Kami bertemu di dalam suasana majlis perkahwinan Yusof dan Siti Norjuita yang berlangsung di Taman Ira Kangar. Yusof merupakan abang Yusri, senior 2 tahun dari kami, seorang pengawas pada ketika itu. Siti Norjuita merupakan anak Pak Cik Radzi jiran aku sejak kami menetap di Taman Ira.

Aku dan Yusri menggamit kenangan masa lampau. Masing-masing menceritakan kenangan pahit manis semasa bersekolah dahulu. Aku dan Yusri akan cuba menjejaki ramai lagi sahabat-sahabat yang lain selepas ini. InsyaAllah...

Hari ni 14 Disember 2008, pertama kali aku menjejakan kaki ke rumah Yusri., di Kubang Beruang, Kodiang. Aku juga bertemu dengan Man (baju merah). Man seorang yang amat "istimewa". Dari dulu lagi dia dikenali dengan sifat berlainan dari manusia normal. Walaupun pun begitu, menurut kata orang kampung dia amat bertanggungjawab dan pandai menjaga adik-adiknya. Kuasa Allah, Maha Adil. Aku juga bertemu dengan Cikgu Jah. Guru darjah semasa aku di tingkatan 1 (1985).

Alhamdullilah, dengan pertemuan ini, kami akan terus menjalinkan persabahatan yang telah terputus sejak 1988. InsyaAllah...


Saturday, December 13, 2008

Kempen Derma Darah Hospital Tuanku Fauziah



Hari aku ke HTF pada pukul 10 pagi untuk menderma darah bagi membantu Tabung Darah HTF. Prosedur biasa seperti mengisi borang maklumat kesihatan, pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan tekanan darah dan tranfusi darah dijalankan dengan selamat.

Tekanan darah aku adalah 130/80 dah dinasihatkan untuk mengawal cara hidup agar dapat mengekalkan tahap kesihatan. InsyaAllah...

Kesedaran terhadap menderma darah ini ada kerana kita sekurang-kurangnya membantu insan2 yang amat memerlukan. Mungkin kita dapat membantu menyelamatkan nyawa insan dan tidak mungkin satu hari nanti kita juga merupakan sebahagian dari mereka.

Kerana hidup ini ibarat roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Ada masanya kita akan susah dan ada masanya kita senang. Allah Maha Adil, Dia yang berkuasa, menguji tiap hambaNya. Melihat sejauh mana kita bersabar dengan kesusahan yang kita alami dan menguji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat kesenangan .

Tuesday, December 9, 2008

Joe Wolverine And Daniel Joe



2 buah filem yang pada asalnya bukanlah pelakon kini. Inilah pelakon sebenar. Joe Isa, berasal dari Perlis.

Disebabkan tempat tinggal yang jauh dan lokasi penggambaran yang memakan masa terlalu panjang, pengetua tak lepaskan....jadi kembali lah aku membawa kenangan tu...

HIKHIKHIK

Bukit Antarabangsa Ujian Allah...







Salam Harmoni dan Salam Takziah buat keluarga Bukit Antarabangsa....

Kejadian tanah runtuh mengejutkan rakyat Malaysia dalam suasana menjelang AidilAdha tempoh hari. Kejadian seperti ini telah berlaku kepada Highland Tower yang tumbang menyembah bumi dan menyebabkan kematian ramai penghuninya...apakah ikhtibar yang kita pelajari?

Masih megah pemaju-pemaju rakus membina perumahan di atas kawasan tanah tinggi ini. Bila dapat menghuni kawasan tanah tinggi sebegini menjadi satu kehebatan dan kemegahan.

Kita kena akui ini adalah bala dan ujian Allah. Kita boleh menjalankan kajian, pemeriksaan dan juga menyalahkan pelbagai pihak setelah berlakunya peristiwa sebegini. Kita harus sedar akan cara hidup kita zaman kini yang terlalu bermegah dengan kemewahan dunia dan lupa kepada tuntutan Islam. Kehidupan yang abadi adalah di akhirat.

Memang Islam membenarkan kita mencari harta dunia tetapi kita mestilah seimbang dengan mencari keredhaan dan bekalan akhirat. Sekiranya Allah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita, Allah sayangkan kita, InsyaAllah kita selamat di bawah naungan dan limpah kurniaNya.

Adakah kita memakmurkan rumah Allah? bagaimana dengan solat kita? Bagaimana pergaulan kita? Bagaimana kita menghabiskan seharian masa yang Allah berikan? mampukah kita menjawab persoalan itu secara ikhlas? Bayangkan bagaimana kita hendak menjawab persoalan-persoalan di alam barzakh?

Sedarlah kita, dunia sudah hampir penghujung? bagaimanakah persediaan kita untuk kehidupan yang abadi nanti? Tepuk dada tanya selera.

Marilah kita sama2 kembali ke jalan Allah, jalan yang diredhai dan dirahmat. Makmurkan rumah Allah, bersolatlah lima waktu, jaga pergaulan dengan bukan muhrim dan elakkan cara hidup yang jelas nyata bercanggah dengan nilai Islam

Fikirlah sejenak? Apakah kaitan kehadiran babi hutan di kawasan itu? Jika tanpa keizinan Allah ia pasti tidak akan berlaku..

Wassalam...


Monday, December 8, 2008

Ibadat Korban...





video

Hari ni 8 Disember 2008, Penduduk Tama Ira, Kangar tidak ketinggalan melaksanakan ibadat sunat sebagai menyambut AidilAdha.

3 ekor lembu disembelih bagi dijadikan korban Aidil Adha pada tahun ini. Aku juga turut sama melakukan ibadat sunnat ini. Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Pelbagai lapisan masyarakat di sini turun padang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Seperti tahun-tahun lalu Pak Sidek adalah orang yang bertanggungjawab menyembelih lembu-lembu korban ini. Kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat di sini sungguh membanggakan. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.

Ibadat ini adalah bersempena mengingati peristiwa nabi Allah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah Maha Pencipta. Satu pengorbanan yang ikhlas dari kedua-dua pesuruh Allah walapun berat hati untuk melaksanakannya. Peristiwa ini haruslah dijadikan teladan dan ikhtibar pada semua umat Islam dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah.

Hari Raya ini dikenal dengan Hari Raya Haji kerana bersempena dengan umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau dipanggil juga Hari Raya korban kerana diperintah supaya kita berkorban, sekaligus mengingatkan kita kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika Allah S.W.T memerintah beliau menyembelih korban kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s.

Perintah ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim dengan penuh keikhlasan dan keyakinan serta mengatasi perasaan sayang kepada anaknya. Begitu juga anaknya Ismail dengan rela hati menyerah dirinya untuk dikorbankan demi menjunjung perintah Allah. Walaupun Allah menggantikan penyembelihan anaknya dengan tebusan seekor kibas, tetapi Allah sifatkan Nabi Ibrahim itu telah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail kerana kesungguhan dan azamnya melaksanakan perintah Allah melalui mimpinya yang benar itu.

Seperti mana Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Saffaat ayat 103-105 yang bermaksud:

"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya, atas tompok tanah (untuk disembelih) serta kami menyerunya: Wahai Ibrahim, "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu," demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan".
Allah menjelaskan bahawa perintah kepada Nabi Ibrahim supaya menyembelihkan anaknya itu sebagai ujian. Seperti mana Firman Allah dalam Surah As-Saffaat ayat 106-107 yang bermaksud:

" Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar (kibas)."

Kepatuhan yang ditunjukkan oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s adalah hasil daripada kecintaan kepada Allah S.W.T mengatasi kecintaan kepada sesuatu yang lain. Sewajarnya kepatuhan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua beranak ini menjadi ikutan dan tauladan kepada umat Islam pada hari ini dalam melaksanakan tuntutan dan perintah Allah S.W.T. Apa yang didapati pada hari ini terlalu banyak alasan yang sengaja dicari oleh pemimpin sekular pada hari ini untuk tidak terlaksana hukum Allah di atas muka bumi ini.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi, Selepas sahaja selesai mengerjakan solat 'idul Adha, umat Islam yang berkemampuan diminta mengorbankan ternakan mereka sama ada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan seumpamanya. Binatang yang hendak dikorbankan itu mestilah cukup umur, sihat, gemuk dan tidak cacat, pada masa yang sama suara takbir terus kedengaran untuk membesarkan keagungan Allah S.W.T.

Menyembelih binatang korban boleh dilakukan pada hari raya pertama 'Idul Adha sehinggalah hari-hari Tasyrik selepasnya selama tiga hari di mana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Setiap hari Tasyrik adalah penyembelihan"
Kesediaan sebilangan umat Islam untuk mengorbankan binatang ternakan mereka pada hari ini menunjukkan sifat berkorban dan bersedia untuk berkorban masih lagi menjadi satu pegangan hidup masyarakat Islam. Tetapi untuk apa mereka menyembelih binatang ternakan tersebut: Apakah untuk menunjuk-nunjuk harta dan wang ringgit yang mereka miliki atau benar-benar kerana ketaqwaan kepada Allah S.W.T? Inilah yang menjadi persoalan.

Apa yang lebih penting dan lebih utama ialah kesediaan umat Islam berkorban mesti berasaskan rasa taqwa kepada Allah dan melaksanakan segala suruhannya sesuai dengan firman Allah Ta'ala dalam Surah Yunus ayat ke-58 yang bermaksud:
"Katakanlah, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira, kurniaan Allah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan"

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Umat Islam pada hari ini hendaklah menjadikan semangat korban dan bersedia untuk berkorban sebagai tunjang utama kepada pengakuan tauhid terhadap Allah S.W.T, bukannya ucapan tauhid terhadap Allah S.W.T hanyalah di bibir sahaja yang tidak diketahui nilai sebenarnya tanpa melalui pengorbanan yang dituntut oleh Islam ini kerana bukannya mudah untuk mencapai ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah S.W.T tanpa berkorban dan dibuktikan dengan pengorbanan.

Islam sangat-sangat menuntut pengorbanan dalam apa jua keadaan sekalipun, tambahan pula umat Islam pada ketika ditimpa oleh penyakit "Hubbuddun ya"-cintakan dunia" dan "membenci kematian" - umat Islam pada hari ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita kebendaan sehingga sanggup menjual keimanan dan kebenaran dengan wang ringgit dan harta benda.

Umat Islam pada hari ini sanggup menjatuhkan kawan sendiri dengan melakukan fitnah demi mencapai hajat dan matlamat kebendaan bahkan mereka sanggup membunuh demi wang ringgit kerana mereka telah pun mengambil jalan mudah dengan amalan rasuah, menipu dan sebagainya kearah mencapai cita-citanya. Lantaran kerana mereka begitu takut untuk menghadapi kematian walaupun kematian itu tetap akan menemuinya walaupun di mana mereka berada. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ankabut ayat yang ke 57 yang bermaksud:
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasa mati, kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan".

ibadat haji yang dilakukan oleh umat Islam yang berada di tanah suci Mekah pada hari ini bukan sahaja mengerjakan wukuf, tawaf dan sa'ie, tetapi juga diwajibkan melontar tiga jamrah di mana Nabi Ibarhim a.s sendiri telah melontar di tiga-tiga jamrah terhadap syaitan yang cuba menghalangnya daripada mengikuti perintah Allah S.W.T. Pada tiga-tiga jamrah inilah Nabi Ibrahim dengan batu telah melontar syaitan yang telah cuba menimbulkan keraguannya terhadap kebenaran mimpi daripada Allah S.W.T

Apakah tindak tanduk ini hanya berada di jamrah sahaja? Aapakah syaitan hanya menjadi musuh kepada Nabi Ibrahim sahaja? Apa yang jelas kepada kita, syaitan samaada berupa jin atau manusia walau di mana berada, ia menjadi musuh, bukan sahaja kepada Nabi Ibrahim, bahkan kepada semua Nabi-Nabi dan kepada mereka yang beriman.

Bertolak daripada apa yang telah berlaku disepanjang sejarah manusia bahawa syaitan adalah musuh mereka yang beriman dan umat Islam walaupun di mana sahaja. Mereka juga terdedah dengan halangan-halangan yang ditimbulkan oleh syaitan daripada kalangan manusia untuk terus menyesatkan orang-orang ynag beriman supaya masing-masing menjejaki langkah mereka yang dimurkai oleh Allah S.W.T.
Antara langkah-langkah syaitan adalah berusaha untuk memastikan umat manusia lalai daripada mentaati perintah Allah dan tidak mengikuti jalan yang telah dilalui oleh para Rasul a.s.

Allahhu Akbar Allahhu Akbar Allahhu Akbar WalilLah hilhamd. Sidang hadirin sekalian,
Kenyataan yang ada dihadapan kita pada hari ini, umat Islam samaada di dalam negara yang majoriti umat Islam atau sebagai kaum minoriti, mereka terus ditindas dan dinafikan hak mereka selagi tidak terlaksana hukum-hukum dan peraturan Allah S.W.T Sesungguhnya, tidak ada kemuliaan kepada umat Islam selagi tidak dilaksanakan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan beragama dan bernegara

Perjuangan dan pengorbanan Rasulullah S.A.W telah terbukti dalam tahun kesembilan hijrah apabila tanah suci Mekah telah dapat dikuasai semula oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sudah tentulah ia menjadi lambang kemuliaan kepada seluruh umat Islam dan kemenangan ini tercatat dalam Al-Quran: Surah An-Nasr ayat 1-3 yang bermaksud:
'Idul Adha sudah pasti mengingatkan kita semula kepada kejayaan perjuangan dan pengorbanan besar Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembalikan kemuliaan dan keagungan Islam serta membebaskan umat ini daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesesatan kepada petunjuk demi mencapai keredhaan Allah S.W.T.

Apa yang menjadi nasib malang kepada umat Islam yang berada dalam negara yang majoriti umat Islam yang tidak melaksanakan Islam sebagai dasar dan perlembagaan, semakin sukar untuk menentukan pilihan mereka bersama Islam. Pemerintah sekular di negara Islam terus melakukan penindasan dan kezaliman agar suara Islam dan suara keadilan semakin dapat dipadamkan.

Hak mereka untuk bersuara menuntut kebenaran terus ditindas termasuklah menghadkan keluaran akhbar parti pembangkang dan menggunakan berbagai akta dan kuasa demi mengekalkan dasar sekularisma untuk terus berkuasa dan kepentingan mereka tidak akan tergugat. Suasana dan gelagat pemerintah sekular berlaku di negara yang majoriti umat Islam dengan menolak Islam sebagai Ad-din termasuklah negara kita yang begitu tebal dengan faham sekularisme yang sesat.

Sebenarnya mereka lupa akan peringatan Allah dalam Al-Quran, bagaimana mereka yang zalim dan mengengkari ugama, firman Allah dalam Surah As-Sof ayat 8-9 yang bermaksud:
" Mereka ingin memadam cahaya (agama)Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayanya meskipun orang-orang kafir benci, Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkan di atas segala ugama sekalipun orang-orang musyrikin benci"

Begitu juga nasib malang yang menimpa di mana umat Islam menjadi minoriti, mereka terus dizalimi oleh golongan kuffar yang begitu benci dan dendam kepada orang Islam disebabkan oleh keimanan mereka terhadap Allah S.W.T. Lihat apa yang berlaku kepada umat Islam di Chehnya, di Kosova, di selatan Filipina dan di mana sahaja, mereka itu dinafikan hak mereka untuk menyatakan Islam sebagai cara hidup yang diredhai Allah. S.W.T.

Pada Hari Raya korban ini umat Islam bukan sahaja melakukan korban sebagai memenuhi tuntutan syariat Islam dan sunat Nabi Ibrahim a.s tetapi lebih besar daripada itu, iaitu umat Islam diminta berkorban apa sahaja termasuk jiwa, tenaga dan harta benda untuk mengembalikan semula kemuliaan Islam yang telah lenyap ditelan masa selepas kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki.

Tuntutan umat Islam untuk terus berkorban dan berjihad adalah tuntutan sepanjang zaman untuk mencapai janji Allah kepada mereka yang beriman dan bertaqwa. Halangan daripada pemerintah sekular mesti dihapuskan demi memberi ruang kepada pemimpin yang bersedia untuk mendaulatkan Islam bukannya pemimpin yang berdolak dalih untuk mencari jalan supaya tidak terlaksana hukum Islam di atas muka bumi ini.

Namun begitu, ada kalangan pemerintah dan pemimpin sekular ini yang berkorban dan bertungkus lumus untuk mempertahankan sistem dan dasar sekular mereka dan ada di kalangan mereka yang bersungguh-sungguh menganjurkan maksiat dan kemungkaran dan seolah-olah mereka pun berjihad untuk memastikan Islam terus tidak dilaksanakan. Pemerintah sekular yang jahil terus berjuang untuk melindungi orang terlibat dengan rasuah dan pada masa yang sama menuduh orang lain dengan fitnah yang tidak masuk akal untuk mereka terus melakukan kezaliman demi kezaliman bagi memuaskan nafsu syaitan mereka.

Marilah kita menyedari seruan berkorban pada hari Raya 'Idul Adha ini demi mengembalikan keagungan Islam dan kemuliaan agama ini. Kita tidak mampu lagi dihina sepanjang masa, kita tidak mampu lagi melihat kemungkaran politik dan kezaliman terus berlakudan kita tidak mampu lagi melihat penyalahgunaan kuasa terus menjadi cara dan gaya bagi mereka yang berkuasa.

Marilah sama-sama kita tingkatkan semangat korban yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan banyak melakukan pengorbanan bagi mendaulatkan hukum Allah. Setiap daripada kita akan dipersoalkan di hadapan Allah azzawajalla di atas apa yang menimpa umat pada hari ini. Di manakah kita? Apakah yang kita lakukan untuk melenyapkan pemimpin yang zalim yang suka melakukan fitnah terhadap oang lain demi mengekalkan kuasa dan kekayaan bersama kroni-kroni mereka.

Kitalah bertanggungjawab dan kitalah yang akan dipersoalkan kalau kita tidak sanggup untuk berkorban, berjihad dan terus berjuang demi melangsungkan perlaksanaan agama Allah S.W.T dan bersama-sama mempertahankan dasar kerajaan Membangun Bersama Islam. Sekaligud menegak kebenaran dan mendiri keadilan. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud:

" Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkkan kebenaran, kerana Allah menjadi saksi dengan adilnya dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".




Kampung Tok, Kg. Kandis, Kodiang, Kedah




Inilah kampung tempat aku dibesarkan sehinggalah aku berumur 10 tahun. Aku tinggal bersama-sama tok dan tok wan aku, Tok Kiah dan Wan Shaari ( Meninggal pada 6/6/93)

Semasa aku berusia 10 hari, tok dan tok wan membawa aku pulang ke kampung kerana pada ketika itu, emak aku masih bertugas di Hospital Daerah Tampin, Negeri Sembilan dan bapa aku betugas di Sabah.

Aku bersekolah di SK Kodiang 1 selama 2 tahun dan SK Kodiang 2 semasa belajar dalam darjah 3. Di sinilah aku mendapat didikan awal dari tok wan dan tok yang sering mengajar aku, adik-adik dan sepupuku sembahyang, membaca Al-Quran dan mengenal dunia.

Aku berpindah ke Kangar kerana ibu bapa membeli rumah di Taman Ira sehingga kini kami menetap di sini.

Kini tok aku tinggal bersama mak ngah kerana usianya membataskan untuk membuat kerja-kerja rumah. Rumah ini telah disewakan supaya tidak ditinggalkan tanpa penghuni.

Sedikit mengenai KODIANG
Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)

Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.

Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain, Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas. Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik dan air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air Tebu yang terkenal di Pekan Kodiang ialah Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis. Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Kau datang lagi bersama kemuliaanmu
Kau hiasan hari dengan keberkatanmu
Kau bermakna bagi insan yang bertaqwa
Kau Aidil Adha

Harimu dihiasi dengan pengorbanan
Pengorbanan dalam menyusuri jalan ibadah
Jalan keredhaan Allah yang Esa
Mengejar akhirat yang abadi

Kisah Nabi Ibrahim a.s
Mendapat perintah didatangi mimpi
Nabi Ismail akur menerima
walaupun disembelih ayah tercinta

Perintah Allah harus dilaksana
Sebagai contoh kepada pengikutnya
Walau berat ujian melanda
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetap melaksanakannya

Empat permintaan didengar nyata
Mengikatnya erat kurang bergerak
Tanggal pakaian supaya tidak terkena darah
Tajamkan mata pisau agar ringan penderitaan
Pakaian diserahkan kepada bonda dijadikan penghibur

Allah melihat bukti ketaatan
Pengorbanaan ikhlas bukti ketaqwaan
Nabi Ismail digantikan qibas
Inilah tanda kebesaran Ilahi


-Nukilan : Jorasmin 7 Disember 2008-

Saturday, December 6, 2008




Boring punya pasal, aku drive ke car wash...

Sebuah "Car Wash" kat Repoh, Perlis nie di buka pada tahun ni. Drive-in Car Wash. Jadi tak perlulah kita menunggu terlalu lama. Hanya pandu dan terus ke mesin basuh keta automatik.

Peraturannya:
  1. Jangan tekan brek
  2. Matikan radio
  3. lepaskan handbreak
Cas RM3, tidak termasuk harga Vacum. Berdasarkan senarai harga, cas untuk vacum RM4., mengelap RM1. Jadi kalau campur semua tu RM8.

Cas untuk mencuci kereta secara manual sekarang ni RM10.

Pendek kata, kalau basuh kereta kat drive-in ni mengurangkan masa menunggu. Kalau kereta kita tu dah tak boleh nak cam rupa dan warna, lupakan sahaja lah. Hehehe. Ini kerana mutunya kurang memuaskan berbanding mencuci kereta secara manual.

Novel Review..."BERIKAN CINTAMU"...karya ROSE HARISSA

Cuti sekolah membuatkan aku rasa bosan sebab "nothing to do" disamping melayan karenah akal fikiran aku yang carca marba ini.

Jadi kesempatan ini aku gunakan untuk membaca sebuah novel bertemakan cinta..(hehehe bukan sebab jiwang ya). "BERIKAN CINTAMU" karya ROSE HARISSA.

Sebelum aku meneruskan catatan ini, aku perkenalkan dahulu siapa ROSE HARISSA. Nama sebenar Nora Binti Ismail dilahirkan di Kuantan dan berkelulusan Diploma Senibina UTM. Beliau bekerja sebagai pereka dalaman bidang besi dekoratif, penulis serta illustrator sambilan.

Berkaitan dengan "BERIKAN CINTAMU".....watak-watak dalam cerita ini adalah seperti Eza, Rizal, Azalan, Afnida, Syella, Nuyun, Amir, Dayana, Adam, Pn. Rozita dan Tn. Yahya dan ramai lagi.

Cerita adalah berkisar tentang percintaan Eza dan Rizal. Eza sudah bertahun-tahun mejalinkan hubungan kasih sayang dengan Rizal namun sukar mengerti dengan sikap Rizal yang acuh tak acuh dalam percintaan. Eza terlalu sayangkan Rizal, tetapi ego lelaki membuatkan percintaan mereka terumbang ambing.

Azalan pula, bercinta dengan lepasan SPM bernama Afnida, tetapi cinta mereka juga sukar disebabkan perwatakan Nida yang masih kebudak-budakkan dan dalam masa yang sama dihalang oleh ibu bapa nida dengan alasan Nida masih mentah.

Eza dan Azalan menjadi sahabat yang baik selepas Azalan secara kebetulan menyelamatkan Eza dari diganggu sekumpualan budak liar.

Tahun demi tahun berlalu, persabahatan Eza dan Azalan menjadi semakin akrab, manakala Eza dan Rizal masih tidak ada kata putus dalam hubungan mereka.

Macam-macam konflik timbul dalam cerita ini, dan sukar untuk diramalkan oleh pembaca. Aku tidak boleh menceritakan semuanya tentang apa yang berlaku. Bagi aku "BERIKAN CINTAMU" ada nilai-nilai murni dan ada watak-watak keji yang sepatutnya kita jauhkan. Harus kita ingat, bagaimanapun sukarnya hidup ini, kita janganlah lupa pada MAHA PENCIPTA,ALLAH S.W.T.

Terima kasih kepada ROSE HARISSA dan ALAF 21..


(Novel terbaru yang aku sedang baca ialah
A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia
Karya : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : ALAF 21
)

Wednesday, December 3, 2008

Setandan Pisang mengeluarkan 3 Jantung








Peristiwa ni (3 DIsember 2008) berlaku di kampung sebelah bapa aku, Kg.Alor Tampang, Beseri, Perlis. Tn.Haji Mat Isa (bapa) balik mengunjungi adiknya (pak ngah aku) yang sedang membuat persiapan majlis perkahwinan anaknya minggu depan. 

Selepas mak mendapat panggilan, aku dan mak pun bertolak ker kampung.

Setandan pisang menghasilkan 3 jantung pisang, Allahuakhar. Segalanya berlaku diluar kemampuan manusia yang serba lemah ini. 

Mak menghubungi wartawan SKUAD CAKNA SINAR bagi membuat liputan kejadian ini. Hasif, wartawan SINAR datang membuat liputan dan merakamkan peristiwa yang terjadi. Sedikit temuramah diadakan. 

ALLAH MAHA BESAR, MAHA BERKUASA, MAHA PEMURAH, MAHA PENGASIH

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

Friday, November 28, 2008

AL Fatihah untuk RAJA PEREMPUAN BESAR PERLIS - TENGKU BUDRIAH TENGKU ISMAIL




Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, died at the Hospital Kuala Lumpur early Friday.

Perlis Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, announced the death of the mother of the Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, over Radio Malaysia Perlis on Friday.

She died at 3.47am.

Md Isa did not mention how long she was in hospital or the cause of death.

Tengku Budriah, 84, was the third Raja Permaisuri Agong between 1960 and 1965 and was Raja Perempuan Perlis from 1945 until the death of her husband, Tuanku Syed Putra Jamalullail, in 2001.

Her remains were flown to Alor Star and were taken to Istana Arau for the people to pay their last respects beginning at noon.

She will be buried at the Royal Mausoleum in Arau after Asar prayers.

Md Isa said as a mark of respect flags will be flown at half-mast for three days beginning Friday and all public and entertainment functions were postponed. - Bernama



DYMM Tengku Budriah

eribadi yang sentiasa berdiri setia bersama Tuanku Syed Putra, merupakan seorang puteri kepada Al-Marhum Tengku Ismail dan Tengku Besar Zubaidah binti Al-Marhum Tengku Abdul Kadir, Raja Negeri Pattani(Selatan Thailand). Puteri yang diberi nama Tengku Budriah, telah selamat dilahirkan pada 28 Mac 1924.

Alam Persekolahan

engku Budriah dididik dalam lingkungan kekeluargaan yang serba sederhana tetapi penuh adat kesopanan. Puteri yang dididik umpama menatang minyak yang penuh ini, lahir sebagai puteri yang memiliki perwatakan lemah lembut lagi berhemah tinggi.

keaktifan di dalam pergerakan pelajar dan pertubuhan beruniform juga membentuk perilaku baginda sebagai seorang puteri yang mempunyai keperibadian pemimpin. Pendidikan awal baginda diperolehi di Sekolah Melayu dan Inggeris. Baginda mula memasuki sekolah Melayu ketika berusia tujuh tahun. Setelah itu melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kuala Kerai. Pendidikan menengah diperolehi di Sekolah Inggeris Anglo Chinese Girl's School, Ipoh, Perak hingga ke peringkat menengah atas.

Sebagai peribadi yang aktif dalam bidang ko-kurikulum, baginda tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam pertubuhan beruniform dan kegiatan sukan. Di dalam pergerakan Brownie dan Pandu Puteri, baginda menjadi salah seorang ahli jawatankuasa.

Dalam bidang sukan, baginda meminati permainan Badminton dan hoki. Baginda pernah beberapa kali mewakili sekolah dalam acara sukan tersebut.

Hobi

engku Budriah mempunyai pelbagai kegemaran sehingga menjadikan baginda tidak senang berdiam diri tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Baginda gemar mengisi masa lapang dengan menanam pokok, menjahit, menggubah bunga dan memasak. Baginda sendiri akan memasak makanan untuk Tengku Raja terutama ketika baginda berdua melancong ke luar negara. Sejak kebelakangan ini, baginda beralih kepada hobi yang agak menarik iaitu melukis bunga untuk baju dan tembikar. Hasil lukisan baginda dijual dan duit kutipan tersebut didermakan kepada tabung kebajikan Darul Farah.

Perihatin Terhadap Kebajikan

tas dorongan kesedaran tentang pentingnya bidang kebajikan kepada anak bangsa, baginda mengambil pelbagai inisiatif menjayakan tujuan tersebut. Tengku Budriah menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap bidang ini melalui siri-siri lawatan ke sekolah-sekolah dan mengambil kesempatan mengurniakanm pakaian-pakaian seragam kepada kanak-kanak miskin. Baginda bersama Tuanku Raja sering meniupkan semangat kepada guru-guru dan murid-murid tentang kepentingan meningkatkan martabat diri dan negara.

Baginda sekeluarga juga merupakan perintis kepada projek pengambilan anak angkat anjuran Perkumpulan Perempuan Perlis. Tengku Syed Putra dan Tengku Budriah serta putera dan puteri baginda berdua, masing-masing mengambil seorang anak miskin untuk dijadikan anak angkat. Projek ini berjaya membantu golongan miskin terutama memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Projek ini menampakkan kejayaan jika dilihat dari aspek peningkatan jumlah anak angkat dari setahun ke setahun. Tengku Budriah juga menjadi penggerak kepada kemajuan dan kebajikan kaum wanita. Baginda bertindak sebagai penaung kepada pertubuhan-pertubuhan dalam dan luar Negeri Perlis. Antaranya, baginda menjadi penaung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Perlis, Penaung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan Negeri Perlis, Penaung Persatuan Perancang Keluarga Negeri Perlis, Penaung Persatuan Hoki Wanita Malaysia, Penaung Majlis Kebajikan kanak-kanak Malaysia cawangan Perlis. Penaung Wanita PERKIM Negeri Perlis, Pengerusi Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajah Budriah Perlis dan Timbalan Yang Di-Pertua Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia.

Pengiktirafan

engku Budriah telah dianugerahkan Bintang Kebesaran "Seri Maharaja Mangku Negara" pada 1958 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Bintang tertinggi yang julung kali dianugerahkan kepada seorang wanita, merupakan suatu penghormatan kepada baginda. Sekembali ke Perlis, baginda menerima anugerah Bintang Kebesaran Negeri Perlis Yang Tertinggi iaitu "Darjah Kerabat baginda Syed Putra"(D.K.) Sumbangan baginda tidak hanya tertumpu kepada rakyat negeri Perlis, malah ke seluruh negara. Atas sumbangan tidak ternilai itulah, baginda diberi penghormatan mengisi ruang nama di beberapa buah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan.

Institusi-institusi tersebut ialah:-

1.

Sekolah Rendah Tengku Budriah.

2.

Sekolah Kanak-Kanak Cacat Tengku Budriah.

3.

Taman Didikan Kanak-Kanak Tengku Hajjah Budriah. Ditubuhkan di Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur.

4.

Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajjah Budriah Perlis. Projek yang menelan belanja lebih RM600,000 tersebut tersergam indah di Jalan Bukit Lagi yang memberi perkhidmatan mengasuh kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun.

Bintang Kebesaran

1958

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)

1962

The Most Illustrious Order of Chula Chom Kleo Thailand

1962

The Great Cross of Agricultural Merit Cambodia

1964

Darjah Utama Mangku Negara (D.M.N)

1964

First Class of the Order of Precious Crown Japan

1965

Nahdar Star (First Class) Pakistan

1965

United Arab Republic Order of Makal Perfection

1966

Darjah Kerabat Baginda Syed Putra (D.K)

1987

Anugerah Kepanduan. Dianugerahkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di atas penglibatan tiga generasi keluarga baginda dalam kepanduan.

1988

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K)


Popular Posts