Wednesday, December 24, 2008

Cicak mempunyai 2 kepala macam CATDOG

Kecoh! Gempar! Pelik tapi benar.
Itulah yang terjadi. Penemuan cicak berkepala dua berhampiran 7 eleven, Taman Sena Kangar.

Aku dapatkan gambar dari seorang kawan, Budin semasa kami minum di Mai Cafe.

Petikan akhbar berita harian 20 Disember 2008

KANGAR 20 Dis. - Seorang peniaga barangan telekomunikasi di sini terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang mempunyai dua kepala di Taman Sena di sini hari ini.

Mohd. Roslan Hashim, 41, berkata, kepala cicak ‘kedua’ itu terdapat di bahagian ekor cicak tersebut yang ditangkap olehnya pada malam Khamis lalu berhampiran kedainya.

Katanya, pada mulanya dia tidak mempercayai terdapat cicak berkepala dua apabila ada pelanggan yang melihat cicak itu dan memberitahunya.

”Mereka ingin meminjam kamera untuk mengambil gambar cicak berkepala dua itu.

”Apabila melihat sendiri baru saya percaya kerana pada bahagian ekor cicak itu memang terdapat bentuk seakan-akan kepala dengan bentuk seperti mata dan mulut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, kewujudan cicak berkepala dua itu menjadi tarikan apabila pelanggan yang datang ke kedainya kehairanan melihat cicak yang unik tersebut.

”Saya meletakkannya di dalam bekas kaca serta memberikannya makan serangga.

”Pada penglihatan saya cicak itu berada dalam keadaan sihat kerana ia sangat aktif,” katanya.

Tambahnya, dia bercadang menghantar cicak itu kepada mana-mana pihak yang berminat membuat kajian mengenainya.

”Saya tidak berminat untuk menjual cicak ini kerana bagi saya ia sangat istimewa dan sukar ditemui.

”Cicak ini akan dipamerkan di kedai saya agar pelanggan yang datang dapat melihat keunikannya,” katanya.


0 comments:

Popular Posts