Tuesday, December 9, 2008

Bukit Antarabangsa Ujian Allah...







Salam Harmoni dan Salam Takziah buat keluarga Bukit Antarabangsa....

Kejadian tanah runtuh mengejutkan rakyat Malaysia dalam suasana menjelang AidilAdha tempoh hari. Kejadian seperti ini telah berlaku kepada Highland Tower yang tumbang menyembah bumi dan menyebabkan kematian ramai penghuninya...apakah ikhtibar yang kita pelajari?

Masih megah pemaju-pemaju rakus membina perumahan di atas kawasan tanah tinggi ini. Bila dapat menghuni kawasan tanah tinggi sebegini menjadi satu kehebatan dan kemegahan.

Kita kena akui ini adalah bala dan ujian Allah. Kita boleh menjalankan kajian, pemeriksaan dan juga menyalahkan pelbagai pihak setelah berlakunya peristiwa sebegini. Kita harus sedar akan cara hidup kita zaman kini yang terlalu bermegah dengan kemewahan dunia dan lupa kepada tuntutan Islam. Kehidupan yang abadi adalah di akhirat.

Memang Islam membenarkan kita mencari harta dunia tetapi kita mestilah seimbang dengan mencari keredhaan dan bekalan akhirat. Sekiranya Allah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita, Allah sayangkan kita, InsyaAllah kita selamat di bawah naungan dan limpah kurniaNya.

Adakah kita memakmurkan rumah Allah? bagaimana dengan solat kita? Bagaimana pergaulan kita? Bagaimana kita menghabiskan seharian masa yang Allah berikan? mampukah kita menjawab persoalan itu secara ikhlas? Bayangkan bagaimana kita hendak menjawab persoalan-persoalan di alam barzakh?

Sedarlah kita, dunia sudah hampir penghujung? bagaimanakah persediaan kita untuk kehidupan yang abadi nanti? Tepuk dada tanya selera.

Marilah kita sama2 kembali ke jalan Allah, jalan yang diredhai dan dirahmat. Makmurkan rumah Allah, bersolatlah lima waktu, jaga pergaulan dengan bukan muhrim dan elakkan cara hidup yang jelas nyata bercanggah dengan nilai Islam

Fikirlah sejenak? Apakah kaitan kehadiran babi hutan di kawasan itu? Jika tanpa keizinan Allah ia pasti tidak akan berlaku..

Wassalam...


0 comments:

Popular Posts