Wednesday, December 28, 2011

Rawatan Bekam Sunnah (Al-Hijamah)












❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak

49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

SEJARAH BEKAM

Bekam telah dikenali sejak zaman Nabi Musa a.s. Bekam adalah satu perkerjaan menghisap atau mengeluarkan darah dari badan dengan cup melalui permukaan kulit. Bekam lebih praktikal, tanpa kesan sampingan murah dan mampu merawat penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden.

Bekam adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan dan memulihkan sistem imuniti.
Sebenarnya bekam adalah satu teknik yang boleh membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah dengan cara ini sistem tubuh akan bangkit dan meningkat sistem imun.

HADIS-HADIS

Jika ada yang terbaik pada ubatan kamu, maka itu terdapat pada tusukan alat bekam, minuman madu, atau cucukan dengan kay (api) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan (Kay) - Shahih Bukhari, "Sebaik-baik pengobatan yang kamu lakukan ialah hijamah" - Al-hadis.
"Waktu yang paling baik bagi kamu untuk melakukan hijamah ialah 17,19,21 bulan Qomariah"- al-hadis. Yang terbaik ialah pertengahan bulan kerana cairan dalam tubuh bergolak dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambah cahaya rambulan". - Ibnu Sina.


Monday, March 8, 2010

Perkahwinan Ku, 5 Mac 2010




Nurhalisma Binti Ajib adalah isteriku kini. Dilahirkan pada 31 Ogos 1985 di Perlis. Kami sah diijab kabulkan oleh "abah" pada 5 Mac 2010 jam 9.30 malam dirumahnya beralamat di Kg. Padang Nyaring Kangar.

Friday, November 20, 2009

Sejarah Pentadbiran Menteri Besar Perlis


YM Dato' Raja Haji Ahmad bin Raja Endut

MENTERI BESAR PERLIS PERTAMA (1948-1954)

Raja Ahmad bin Raja Endut dilahirkan pada 15 Jun 1892 di Kuala Kangsar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu sebelum ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak. Beliau mula menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (MAS) pada 1913 sebelum dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (MCS) pada tahun 1932. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Larut dan Matang, Perak.


YAB Dato' Haji Mohd. Razali bin Mohd. Ali Wasi

MENTERI BESAR PERLIS KEDUA (1948-1954)

Mohd. Razali bin Mohd. Ali Wasi dilahirkan pada 6 November 1903 di Teluk Intan (dahulu dikenali sebagai Telok Anson), Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah King Edward VII, Taiping sebelum ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Beliau menyertai Perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak sehingga menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya Tanah di Kedah, Pegawai Kewangan di Selangor dan Perak serta menjadi Pegawai Daerah di beberapa tempat lain. Pada tahun 1956 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilantik sebagai Menteri Besar, beliau juga pernah memangku jawatan yang sama sebanyak tiga kali pada hingga 1951 hingga 1952.


YAB Dato' Abdullah bin Sahat

MENTERI BESAR PERLIS KETIGA (1955-1959)

Abdullah bin Sahat dilahirkan 21 Disember 1911 di Parit Buntar, Perak. Setelah menamatkan persekolahan dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1932, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pekan Pahang, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1949 dan pernah memangku jawatan Menteri Besar sebelum dilantik sepenuhnya pada tahun 1955. Pada tahun 1964 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran disamping menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pelajaran Agama Islam dan Pengarah di Persatuan Penyakit Barah Kebangsaan.


YAB Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim

MENTERI BESAR PERLIS KEEMPAT (1959-1972)

Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim dilahirkan pada 26 Disember 1896 di Pulau Pinang. Setelah menamatkan persekolahan beliau di Victoria Institution Kuala Lumpur dan lulus Senior Cambridge, beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Perlis selama 38 tahun. Kerjaya beliau bermula sebagai kerani, seterusnya sebagai Pegawai Kastam sehingga menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau turut bergerak aktif dalam kancah politik semenjak tahun 1946 dan antara jawatan penting yang disandang adalah sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan (1948-1959), Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pengerusi Penasihat Lembaga dan Urusan Tabung Haji.


YAB Datuk Jaafar bin Hassan

MENTERI BESAR PERLIS KELIMA (1972-1981)

Jaafar bin Hassan dilahirkan pada 16 Mei 1926 di Kangar, Perlis. Setelah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan menyambung pelajaran seterusnya di England dengan mengambil jurusan undang-undang. Setelah lulus dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Lincoln’s Inn beliau telah berkhidmat sebagai Peguam di Alor Setar, Kedah disamping bergerak aktif dalam bidang politik, sebelum dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1972.


YAB Datuk Haji Ali bin Haji Ahmad

MENTERI BESAR PERLIS KEENAM (1981-1986)

Ali bin Ahmad dilahirkan pada 28 Januari 1925, di Kampung Behor Temak, Kangar, Perlis. Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Melayu, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sehingga menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Perlis. Penglibatan beliau dalam kancah politik bermula sejak tahun 1946 lagi dan selepas bersara dari perkhidmatan perguruan beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1976 hingga 1978. Dalam pilihanraya negeri tahun 1978, beliau telah berjaya dan dilantik menjadi Ahli Exco Negeri sebelum dilantik sebagau Menteri Besar pada 16 Mei 1981.


YAB Tan Seri Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh

MENTERI BESAR PERLIS KETUJUH (1986-1995)

Abdul Hamid bin Pawanteh dilahirkan pada 27 Julai 1944 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar dan kemudiannya ke Penang Free School, Pulau Pinang. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Decca College, Karachi, India dan berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Setelah kembali ke tanah air, beliau telah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur dan kemudiannya di Hospital Kangar, Perlis sebelum membuka klinik sendiri. Dalam masa yang sama beliau melibatkan diri dalam bidang politik, sehingga akhirnya beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada bulan Ogos 1986.


YAB Dato' Seri Shahidan bin Kassim

MENTERI BESAR PERLIS KELAPAN (1995-2008)

Shahidan bin Kassim dilahirkan pada 17 Jun 1951 di Tambun Tulang, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pada tahun 1973, beliau telah Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sejarah dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pelajaran dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan dari Institute of Social Studies, Holland. Beliau memulakan kerjayanya di pelbagai agensi dan kementerian seperti Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Pejabat Kemajuan Negeri Perlis, Kementerian Pertanian da sebagainya. Pada tahun 1986 beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Kawasan Arau dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar pada Jun 1995 setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Tambun Tulang.


*sumber dari : Jabatan Muzium Negeri Perlis

Popular Posts