Monday, March 9, 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AKTIKAN SEMULA HUKUMAN ROTAN




SALAM pendidik....Salam Blogger...SALAM Maulidur Rasul

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa hukuman rotan di sekolah akan diaktifkan semula sebagai tindak balas rasional bagi penyelesaian jangka pendek permasalahan disiplin pelajar. Bagaimanapun banyak pihak mempertikaikan keputusan ini tetapi DAMD berkata  keputusan ini wajar kerana peraturan dan undang-undang sekolah bukanlah suatu yang boleh diperkotak katikkan.

Tindakan ini dipertanggungjawabkan kepada pengetua dan guru besar selepas siasatan kes selesai. Peraturan dan undang-undang sekolah bukan suatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah. Katanya lagi, kita ada hak untuk menguatkuasakan apa yang perlu berdasarkan pertimbangan.

Itulah kenyataan yang kita kena terima. Kenyataan yang pelajar zaman kini sudah melampau. Kerap kali kita digemparkan dengan kegiatan tidak bermoral ini. Membuli, peras ugut, kongsi gelap, cabul dan banyak lagi yang memang jelas melanggar peraturan sekolah.  Pelajar-pelajar bukan sahaja bertindak semasa merek tetapi juga bertindak biadap dengan guru-guru. Mereka menengking, mencabar, mencalarkan kereta guru dan ada yang menendang guru. Ini semua disebabkan oleh kekebalan mereka yang kita sendiri tidak sedar. Hal ini dipikul oleh guru-guru yang tidak ada kekebalan kerana setiap kali guru mengambil tindakan, ada sahaja pihak yang mempertikaikan tindakan guru.

Ada ibubapa yang datang berjumpa guru dan berkata," kami dah tak tahu nak buat macam mana. Cikgu tolong la jaga anak kami". Persoalannya, apa yang boleh guru-guru lakukan melainkan hanya memberi nasihat. 

Kes di Perlis, pelajar menendang guru. Hal ini dipertikaikan banyak pihak  dengan menyalahkan guru bertindak ganas. Adakah mereka berada ditempat guru tersebut? Rasanya mereka juga akan melakukan perkara yang sama kerana ingin mempertahankan dirinya. Ibubapa sukar menerima kesalahan anak-anak dengan alasan anak tidak pernah buat masalah di rumah.

Ada kes pelajar lelaki yang dibuang dari sekolah lain, setelah membuat rayuan dibenarkan bersekolah semula. Pelajar ini masih melakukan tindakan yang sama, mengulangi apa yang pernah dilakukan dahulu. Pelajar ini telah melafazkan ikrar aku janji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama lagi. Pelajar ini juga terlibat dengan melarikan pelajar perempuan masa sesi persekolahan. Ibubapa pelajar perempuan berkenaan terpaksa menjejaki hingga ke awal pagi. Perbuatan yang biadap. Umur baru belasan tahun merayap sampai lewat malam. Ada kes pelajar perempuan menjadi mengedar rokok dan VDC lucah untuk pelajar-pelajar lelaki. Hebat!

Banyak lagi realiti kehidupan pelajar yang mungkin ramai tidak tahu. Hanya mereka yang bergelar pendidik mengalami masalah berurusan dengan pelajar-pelajar bermasalah ini. Pelajar-pelajar ini pandai menyembunyikan sifat keji mereka apabila bersama ibubapa. 

Diperingkat jabatan pelajaran banyak program dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam keadaaan disiplin terbaik. Misalnya program Jati Diri yang mengumpulkan pelajar-pelajar bermasalah dan cuba mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah mereka.

Diharapkan banyak pihak bekerjasama dalam memastikan masalah disiplin pelajar-pelajar dapat dikawal dan menghapuskan budaya samseng di sekolah dan dalam masyarakat. Mereka ini adalag golongan pemimpin masa hadapan. 

0 comments:

Popular Posts