Apa sudah jadi dengan remaja kita? Mengapa ini semua terjadi?
Bayangkan bahawa mereka adalah ahli keluarga anda...anak anda yang tersayang....adik atau abang anda....fikirkanlah...
Inilah kenyataannya yang harus kita semua pandang serius. Kejadian seperti ini bukan lagi secara bersembunyi, malah ianya berlaku secara terang-terangan. Perbuatan ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita yang melaksanakan hukum dan ajaran Islam. Ini jelas salah dari segi hukum Islam itu sendiri.
Secara amnya, tiga perkara ini berkaitan rapat iaitu niat, sasaran dan peluang. Apabila ketiga-tiga perkara ini bergabung maka inilah hasilnya. Apa saja yang hendak dilakukan mestilah dengan niat samada niat itu baik atau tidak. . Jika niat kita suci, kita akan bertindak berpandukan akal dan fikiran begitulah sebaliknya. Sasaran adalah merupakan objek yang menjadi perhatian. Misalnya, dalam kes ini, sasaran adalah "gadis" ataupun "awek". Peluang akan sentiasa dicari kerana niat jahat akan mengarahkan atau mendesakkan untuk melakukan perbuatan jahat.
Kita tidak boleh menuding jari kepada sesetengah pihak. Peranan semua pihak perlu dan tampil berganding bahu bagi mengatasi masalah sosial ini. Ibubapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak. Didikan yang baik akan membentuk akhlak. Perbuatan ibubapa yang bercanggah dari segi hukum akan menjadi teladan kepada anak-anak. Mereka akan sentiasa berkata, "Relaxlah, parent aku pun tak kisah". Pengawasan terhadap gerak-geri anak-anak janganlah dipandang remeh dengan memberi pelbagai alasan yang mudah.
Guru-guru perlulah memikul amanah dalam mendidik anak bangsa agar menjadi dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Masyarakat juga tidak boleh memandang sebelah mata sekiranya mereka berhadapan dengan perkara-perkara sebegini. Lakukan sesuatu agar dapat menghalang dari terus menular dan merosakkan generasi pewaris negara.
-Jorasmin Nov '08-
0 comments:
Post a Comment