Sunday, May 17, 2009

MALAYSIA ECO PAINTBALL CHALLENGE...








Aku dan Team Papa Romeo (P.K.R = Pusat Kokurikulum Perlis) menyertai MALAYSIA ECO PAINTBALL CHALLENGE di Gua Kelam Perlis. Seramai 4 pasukan mendaftarkan bagi turut sama memeriahkan cabaran ini.

Masing-masing dengan kelengkapan paintball dan aksesori lain. Pasukan aku menggunakan SPYDER SONIX. Ada yang menggunakan TIPPMAN, BT A-4 iaitu sejenis paintball yang sesuai digunakkan untuk permainan jenis tektikal.

Masing-masing pasukan dengan pakaian seragam yang mirip kepada pasukan bersenjata. Ada yang gaya taliban secara psikologinya boleh melemahkan semangat pihak lawan.

Pusingan pertama, kedua-dua pasukan hendaklah berusaha menaikkan bendera yang diletakkan ditengah2 medan. Pasukan PK Perlis berjaya menaikkan bendera dan mempertahankan selama 15 minit sebelum masa tamat. Aksi tembak menembak sengit berlaku seperti dalam filem perang. Semangat nak pertahankan kawasan masing2 menyebabkan kami semua bersatu membantu rakan2 lain.

Pusingan kedua agak sukar, permainan selama 30 minit menyaksikan pertempuran yang amat dasyat sehinggakan ramai yang terpaksa masuk ke DEAD ZONE untuk 10minit pertama. Kawasan yang kami pertahankan kali ini ada terbuka dan kurang kawasan untuk dijadikan kubu. Jarak tembakan juga agak jauh kerana masing2 mengambil langkah berhati2 dalam usaha menghalang pasukan lawan memasukki kawasan kami.

Pusingan Akhir akan diadakan di KL menampilkan penyertaan 21 buah negara dalam pertandingan ini.








3 comments:

WAN NORIZAN BIN WAN OTHMAN said...

salam. best la geng pusat ko..

bila nak main air soft game pulak?

زكري said...

kat sini ada pic lagi cekgu http://p8ball4life.blogspot.com/

syukur said...

siap dengan bajunya sekali... tembak kena pallet mesti tak rasa cam ni...

Popular Posts