Saturday, August 1, 2009

2 Ogos 1978 Vs 2 Ogos 2009

Salam


2 Ogos 1978, 1943, Hospital Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Seorang jururawat melahirkan seorang anak lelaki sulung dengan selamat. Dilahirkan dengan keadaan cukup sifat. Dapat dibayangkan betapa perjuangan seorang ibu melahirkan anak pertama cahayamata dalam hubungan suami isteri.
Bayi berkenaan tinggal di Kg.Pulau Sebang,Tampin bersama ibunya dan datuk dan nenek serta keluarga angkat selama beberapa hari. Umur sepuluh hari bayi itu bersama2 keluarganya pulang ke Kg. Kandis Kodiang dengan menaiki teksi. Bayangkan prasarana jalanraya pada ketika itu. Pengorbanan kasih sayang memang tiada tolok bandingnya sanggup mereka hadapi.

Hari-demi hari bayi itu kian membesar. Setahun, Dua tahun, kehadiran adiknya menambahkan lagi meceriaan. Ketika berumur 5 tahun, seorang lagi adik tunggal perempuan dilahirkan dan memberi kemeriahan keluarga itu.

Tahun demi tahun menambahkan umur mereka...semakin meningkat dewasa. Pelbagai kisah silam, kenangan pahit manis, suka dan duka bayi tadi harungi bagi meneruskan cabaran hidup ini. Alhamdulillah walaupun apa yang dirancang tidak semuanya menjadi, tetapi itu bukan halangan yang membolehkan dia jatuh rebah dan tidak bermaya.

Allah S.w.T Maha Berkuasa, segalanya diteruskan seperti yang Dia aturkan.

Kini bayi itu telah berumur 31 tahun dan sudah semestinya dipanggil bayi lagi...:). Zaman remaja dan awal didewasa ditinggalkan dengan segala pahit maung yang memberikan kematangan dalam dirinya. Zaman sekolah yang ceria, zaman universiti yang bahagia dan zaman pekerjaan yang mencabar. Dia harungi segalanya walaupun pernah hampir jatuh dipertengahan jalan.

Kini, dia bersyukur dengan pemberian Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah segalanya akan selamat. Sekarang dia mencari pelengkap hidup yang boleh bersama-sama dalam semua keadaan sama ada suka duka, susah senang dan segala rintangan dan rahmat bersama2. InsyaAllah

Dia yang dimaksudkan ialah Aku, Jururawat itu adalah Ibu yang tersayang. Alhamdullilah. Kini aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Semoga hari2 mendatang akan lebih baik dari hari sebelumnya sebagai persediaan meninggalkan dunia yang sementara ini menuju ke akhirat.

Ya Allah, aku insan yang kerdil ini, memohon ampun dan maaf atas segala doa2 aku sama ada sengaja atau tidak. Berikanlah aku rahmat, hadiyahMu agar aku boleh terus berada dilandasan Islam agam yang suci. Ya Allah, aku insan hina memohon agar, kekalkan dan tambahkanlah keimanan dalam diri ini agar sentiasa berada bersama2Mu. Ya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang kurniakanlah aku seorang dari tulang rusuk kiriku yang boleh bersama2 merasai kenikmatan hidup ini sebelum Kau mejemputku semula.

Ya Allah, Alhamdullilah agar rezeki yang Kau limpahkan..Aminnnn

0 comments:

Popular Posts