Saturday, August 1, 2009

Semoga segalanya selamat

Salam...salam Muhibbah, Salam Blogger
Malam ini, aku berada di kampung aku dibesarkan sebelum menetap di Perlis. Rumah Mak Ngah. Dah lama aku tak balik tidur di sini.
Kelmarin semasa aku di Jitra, mak menelefon aku dan memberitahu tok aku tak boleh bergerak. maknanya ada sesuatu terjadi pada keadaan kaki tok. Aku gegas bertolak ke kampung setelah selesai urusan pembelian peralatan lampu untuk rumah telah dibeli.
Aku memandu 120km/h di jalanraya 4 laluan yang belum siap sepenuhnya. Dalam fikiran aku macam2 hal difikirkan. Kenapa dengan tok, kenapa jadi cam ni saat aku masih mencari jalan penutup untuk kisah silam aku. Dalam masa 20 minit, aku sampai di kampung.
Nasib baik ketika kejadian, Abg.Sham sepupu aku berada di rumah. A.Sham tinggal di Kulim balik kerana membantu menyiapkan rumahnya yang dibina bersebelahan rumah Mak Ngah. Mak Ngah dan Pak Ngah tiada dirumah kerana menghadiri kursus menunaikan fardhu Haji di Jitra.
Kata A.Sham, ketika sedang bersembang diluar rumah, terdengar suara tok memanggil seperti dalam kesusahan. Dia bergegas, dan mendapati tok tidak dapat bangun seperti sediakala. Tok tidak dapat merasakan apa2 dibahagian anggota kakinya.
Ketika aku sampai, tok sedang duduk di atas kerusi sambil A. Sham mengurut kaki tok. Aku rasa hilang sedikit keresahan dihati melihatkan keadaan tok itu. Namun setelah aku amati, banyak perkara bermain dihati aku. Perasaan aku menjadi berkecamuk nanum ku cuba pujuk hati. Apa yang terlintas dihati aku, memohon agar Allah sembuhkan penyakit itu.
Tidak lama kemudian, mak dan bapa aku datang. Kelihatan mak berasa susah hati dan bapa aku pun tidak bercakap banyak, hanya sekadar memerhati. Seseolah aku dapat membaca apa yang difikirkan bapa.
Aku dan A.Sham membawa tok ke tandas untuk mandi. Tok duduk di atas kerusi dan kami menggangkat kerusi lalu terus ke tandas. Mak memandikan tok. Setelah selesai mengambil wudhuk, kami pun mengangkat semula tok. Tok menunaikan solat fardhu Asar sambil dulu.
Kami masukkan tok ke dalam biliknya selepas melakukan sedikit pengubahsuai kabinet biliknya. Selepas solat mahgrib, masing2 duduk bersembang mengenai tok dan bercerita usaha2 yang boleh dilakukan untuk memulihkan keadaan itu.
Malam ni, aku tidur di sini. Mungkin malam2 berikutnya aku akan terus di sini. Apa yang kami harapkan tok akan pulih seperti sediakala. Itu doa kami dan Allah Maha Berkuasa penentu segalanya.
Tok membesarkan aku bersama2 arwah wan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, penuh nilai2 Islam. Arwah wan meninggalkan kami ketika aku berusia 15 tahun 6 Jun 1993.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kami semua di atas segala ujian yang diturunkan. Semoga kami semua menjadi orang yang bersabar, bersyukur sebagai hambaNya. Semoga tok cepat sembuh seperti sediakala dan semoga tok dapat melihat aku bersama insan tersayang...AMINNNN...

0 comments:

Popular Posts