Wednesday, March 26, 2008

Kehilangan besar dalam pengaruh keluarga

Assalamualaikum....Hari ni, aku kehilangan seseorang yang disayangi. Basri bin Hj. Shaari telah kembali ke rahmatullah. "Wa Basri" adalah panggil ganti diri arwah....
Aku mengikuti Program JatiDiri fasa 1 Pusat Kokurikulum Perlis pada 24-27 Mac 2008 di Kem Pusat Kokurikulum Perlis sebagai jurulatih. Pada malam kedua, kami bermalam di Pantai Raja. Aku tidur agak lewat kira² jam 0300. Aku mendapat panggil dari sepupu aku kira² jam 0330 tetapi aku tidak menjawap kerana terlalu mengantuk dan letih.
Selang beberapa minit kemudian, bapa aku call da aku terus jawap kerana dalam hati aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku terdiam berat berkata²..."abg, wa dah xdak". Itulah kata² yang ku dengar dari bapa. Tiba² pipi aku berasa sejuk dengan titisan airmata. "Wa xdak di mana? Pukul berapa?"...itu soalan yang ku ajukan kepadanya..."Dalam perjalanan p hospital", bapa aku jawap dengan nada yang agak sederhana. Aku terus menyatakan hasrat untuk menziarah arwah.
Soalan yang terus bermain di benak fikiran aku ialah, tok dah tau ke hal nie, bagaimana dia sekarang?
Aku sampai ke Pantai Raja dengan menaiki basikal. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke Kem Tasoh pada waktu subuh kerana kereta berada di sana. Setelah selesai mengemas barang² aku terus meminta pertolongan rakan aku untuk menghantarku ke kem bagi mengambil kereta. Terima kasih kepada En. Rizal (Cha) atas pertolongan.
Aku terus memandu kereta menuju ke Kg. Pulau Seputih, Padang Sera. Keadaan ketika itu nampak seakan² tenang. Ramai orang yang dikenali dan tidak dikenali berada di persekitaran rumah arwah. Aku terus masuk untuk menziarahi Wa. Sekali lagi aku x dapat tahan sebak didada melihat seorang yang berpangkat Ayah terbujur kaku. Aku menggengam jari jemari kerana menahan rasa hati yang begitu sedih. Pandangan mata aku terpaku ke arah tok yang kelihatan amat sedih. Turut berada di situ mak aku yan sedang membaca Yassin. Anak-anak arwah yang tinggal di Kuala Lumpur masih belum kelihatan, katanya mereka masih dalam perjalanan. Abg Din yang bekerja di Uitm Segamat masih dalam perjalanan.
"Bila wa xdak", aku mengajukan soalan kepada Kak Chik Awie..."Lebih kurang 0246, x sampai hospital lagi, wa dah lemah"...
Sebenarnya, paling merisaukan ialah keadaan tok aku, tok nie bukan boleh dpat berita yang bukan², tok ada sakit jantung...Pak Cik dan mak aku masing² mencari idea bagaimana untuk menceritakan hal ini kepada tok...Allah memudahkan apa sahaja yang Dia kehendaki. Pada waktu itu, Pak Cik memang memandu pulang ke kampung. Mak berlakon membuat panggilan memberitahu pak cik mengenai kejadian ini, dari perbualan tok sudah dapat agak sesuatu terjadi kepada Wa. Phone diserahkan kepada tok, " Mak, sabar, sabar banyak², kita xsempat jumpa ngan abang", itu yang dapat diucapkan oleh mak kepada tok. Alhamdulilah, tok dapat bersabar, menerima kejadian ini sebagai satu ujian Allah. Allah lebih Maha Mengetahui.
Arwah wa di mandikan lebih kurang jam 1100. Aku sempat mengambil peluang terakhir dengan bersama² memandikan jenazah. Setelah selesaikan dikafankan, arwah diusung ke Masjid Kg. Seputih untuk disembahyangkan. Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg. Seputih.
Kenangan bersama Wa sepanjang hidup arwah tidak akan kulupa.
Alfatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang mukmin.

0 comments:

Popular Posts