Friday, March 21, 2008

Sambutan Kepulangan Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad






Lokasi: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
Masa: 1500
Tarikh: 21 Mac 2008

Selepas tamat masa bekerja, aku dan rakan-rakan bergegas ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan seorang yang boleh dikatakan 'wira' dalam pembaharuan gerakan pelantikan MB baru Perlis, Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad. Bersama-sama beliau adalah isteri tercinta. Turut hadir ialah MB Perlis Datuk Dr. Md. Isa Sabu.
Sebelum itu, kami singgah menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Jame' Kepala Batas. Selesai menunaikan solat kami bergerak ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan kelihatan ramai warga Perlis turut menghadirkan diri bagi menyambut Radzi.
Kira-kira jam 1430, sudah ramai penyokong setia Radzi hadir di balai ketibaan. Ini termasuklah beberapa orang ADUN. Sambutan sangat meriah dengan tepukan gemuruh sebagai tanda semangat sebaik sahaja Radzi kelihatan keluar dari balai ketibaan. Beliau disambut dengan salaman dan pelukan dari sahabat-sahabat seperjuangan dalam UMNO dan BN.
Y.B. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad telah dilantik Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang ke-20 pada bulan Jun 2004 bagi menggantikan Tun Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Yang Dipertua Melaka.
Dilahirkan pada 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar pada 1948. Beliau kemudian meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Derma pada tahun 1952 sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja Malaysia, Port Dickson 1957.
Y.B. Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad merupakan seorang pengamal undang-undang sebelum dipilih mewakili Parlimen Kangar pada tahun 1982. Beliau yang memiliki Ijazah Perundangan dari Middle Temple, London telah dilantik Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Pada tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Dalam Menteri pada tahun 1984. Dua tahun kemudian, beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama. Y.B. Dato' Seri mula melibatkan diri dalam politik pada tahun 1972 setelah menyertai UMNO di Cawangan Kg. Jawa, Shah Alam.Beliau yang pernah dua kali dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar (1986-1988 dan 2001-2004) telah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pemimpin pelapis pada pemilihan UMNO tahun 2004.
Selepas mendapat mandat rakyat di kawasan Parlimen Kangar, Y.B. Dato' Seri berazam menjadi pemimpin contoh dan teladan yang baik dan diingati oleh pemimpin masa hadapan. Selain memberi khidmat terbaik kepada rakyat, beliau juga akan bekerja dan memberi sepenuh komitmen kepada parti dengan kejujuran dan keikhlasan.
Di luar bidang politik, Y.B. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam badan-badan kebajikan dan sukan.Beliau kini memegang jawatan Yang Dipertua, Persatuan Anak Yatim Mak Teh Perlis dan Persatuan Tenis Melayu Perlis.
Y.B. Dato' Mohd. Radzi Sheikh Ahmad amat mengagumi ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan berkebun, bermain golf ataupun tenis. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Mahani Abdul Hamid pada tahun 1980.
(Maaf gambar kurang jelas kerana menggunakan handphone. Frust sebab tak bawa NIKON SLR bersama-sama)

1 comments:

Amiruddin Zainal said...

SALAH SEORANG YG TERLIBAT DLM PEMBUNUHAN KEJAM PERISTAWA BERDARAH MEMALI.

http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc&feature=colike

Popular Posts