Sunday, February 1, 2009

Thaksin University Outdoor Pursuit and Kem Tasoh Perlis







Program ini baru saja selesai. Seramai 35 orang pelajar dari Thaksin Universiti terlibat dalam program ini yang dijalankan di Pusat Kokurikulum Kem Tasoh Perlis. Pelajar2 ini adalah dari Pengajian Psikologi Tahun 3 Thaksin U, 5 orang lelaki dan 30 orang perempuan. Bersama-sama mereka menyertai program ini ialah tenaga pengajar dari Thaksin U.
Apa yang membanggakan, ada dikalangan mereka ini boleh berbahasa melayu walaupun tidak fasih. Mereka tidak boleh berkomunikasi dalam English. 
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ialah berbasikal, berkayak, memanjat tembok tiruan dan paintball. Menurut pengamatan dan pemerhatian, mereka pada awalnya bimbang mengenai tahap kesusahan kesemua aktiviti ini, tetapi apabila mencuba ternyata, mereka mampu lakukan. 
Apa yang mengharukan, pelajar2 ini turut mendendangkan lagu dari kumpulan Iklim, Juwita secara akustik  pada malam terakhir mereka.

0 comments:

Popular Posts