Tuesday, August 11, 2009

Ya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..



Ya Allah,
Aku memohon keampunan daripadaMu atas segala dosa-dosaku
Engkau berilah aku petunjuk, hidayah dan rahmatMu
dari sifat Ar-Rahman Ar-Rahim

Ya Allah,
Aku mencari cinta, cinta yang abadi dari Yang Esa
Cinta yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian
meniti episod kehidupan ku yang penuh rantau dan onak berduri

Ya Allah,
hadirlah dalam kehidupanku dan juga kematianku kelak
limpahkanku kerahmatanMu agar aku sentiasa berada dibawah lindunganMu
agar aku mengenal erti nilai Maha Penyayang dan PengasihMu

Ya Allah
Engkau hadirkan dia dalam kisah hidupku
Engkau hadirkan rasa bahagiaku dengannya
Engkau campakkan erti dan pengertian kasih sayang
Namun mengapa aku masih mencari erti kata sebenar kasih sayang sesama manusia

Ya Allah,
sekiranya dia untukku
Kau bawalah kami dibawah keredhaanMu
Satukan hati kami agar sentiasa bersamaMu
Eratkan hati kami agar sentiasa bersyukur kepada nikmatMU
Limpahkan rahmatMu agar kami sentiasa jauh dari salah dan dosa
Jauhkan hubungan ini dari maksiat dan desakan hawa nafsu

Ya Allah
sekiranya dia bukan untukku
Kau jadikan kami insan bertaqwa
semoga antara kami tiada permusuhan, tiada dendam membara
Kau limpahkan rahmat keselamatan kepada kami
jauhkan dia dari pintu maksiat, berilah dia kesihatan yang baik,
akal yang panjang dalam melalui kehidupan yang serba singkat ini.

Kau berikanlah dia nikmat agamaMu
agar tiada tidak terpesong jauh dari landasan keredhaanMu
Jadilah dia anak dan isteri solehah kepada insan yang Kau janjikan dalam hidupnya

Ya Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengetahui,
Bukalah pintu hatinya agar sentiasa menyintaiMu
lebih dari segala-galanya, supaya dia mendapat kasih sayang daripada Mu
Limpahkan nikmat ketenangan dan kegembiraaannyabersama kebesaranMu Ya Rabbi.
Ya Allah, aku hambaMu yang daif
Tak mampu atas segalanya
melainkan dengan KebesaranMu yang memimpin diri ini
Aku mencari cinta Ilahi...
-cikgu Jorasmin, 2300, 11 Ogos 2009-

3 comments:

::barcallina:: said...

salaam.. wahhh.. dah terbau-bau nasik minyak ni.... :)

Cikgu Jorasmin said...

salam..
xdak la...hidup ni penuh cabaran.Muhasabah diri mempu buatkan kita kenal diri sendiri..

Cinta yang Hakiki kepadaNya harus kita cari...:)

::barcallina:: said...

;)

Popular Posts