Tuesday, May 26, 2009

Meh kita bunuh setan...


seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibatpenyakit kronik.Jiran sekampung menawarkan beberapaperempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidupbarunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semulamemandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggaljauh di bandar dan tiada orang yang akan menjagamakan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yangditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwindengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepasmajlis pernikahan mereka pun hidup bersama sepertipengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petangKhamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakansecara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundangkhas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petangselepas pulang dari kuliah agama di surau diamenceritakan apa yang didengarnya dalam kuliahtersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami danisteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betulmaka pasangan tersebut akan mendapat pahala samaseperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malamJumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann,betul tak sayanggg..." sambil ketawa.
Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg,jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyumpanjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...".
"Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kitabunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambilmengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kitabunuh syaitan banggg... ".
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak .... "Ayang nienak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"
**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDAKALAU DAH TAK MAMPU!!! ......hahahahhahahahhahahah

Sunday, May 17, 2009

MALAYSIA ECO PAINTBALL CHALLENGE...








Aku dan Team Papa Romeo (P.K.R = Pusat Kokurikulum Perlis) menyertai MALAYSIA ECO PAINTBALL CHALLENGE di Gua Kelam Perlis. Seramai 4 pasukan mendaftarkan bagi turut sama memeriahkan cabaran ini.

Masing-masing dengan kelengkapan paintball dan aksesori lain. Pasukan aku menggunakan SPYDER SONIX. Ada yang menggunakan TIPPMAN, BT A-4 iaitu sejenis paintball yang sesuai digunakkan untuk permainan jenis tektikal.

Masing-masing pasukan dengan pakaian seragam yang mirip kepada pasukan bersenjata. Ada yang gaya taliban secara psikologinya boleh melemahkan semangat pihak lawan.

Pusingan pertama, kedua-dua pasukan hendaklah berusaha menaikkan bendera yang diletakkan ditengah2 medan. Pasukan PK Perlis berjaya menaikkan bendera dan mempertahankan selama 15 minit sebelum masa tamat. Aksi tembak menembak sengit berlaku seperti dalam filem perang. Semangat nak pertahankan kawasan masing2 menyebabkan kami semua bersatu membantu rakan2 lain.

Pusingan kedua agak sukar, permainan selama 30 minit menyaksikan pertempuran yang amat dasyat sehinggakan ramai yang terpaksa masuk ke DEAD ZONE untuk 10minit pertama. Kawasan yang kami pertahankan kali ini ada terbuka dan kurang kawasan untuk dijadikan kubu. Jarak tembakan juga agak jauh kerana masing2 mengambil langkah berhati2 dalam usaha menghalang pasukan lawan memasukki kawasan kami.

Pusingan Akhir akan diadakan di KL menampilkan penyertaan 21 buah negara dalam pertandingan ini.








Popular Posts