Sunday, December 14, 2008

20 tahun menggamit kenangan.....

Man


Yusri


Assalamualaikum...salam muhibbah

Tanggal 13 Disember 2008 tercatat kekal dalam memori aku. Pada tarikh ini Qada dan Qadar Allah telah menemukan aku dengan seorang sahabat lama semasa aku belajar di tahap satu lagi. Beliau yang dimaksudkan ialah Yusri. Seingat-ingat aku jawatannya ketika di sekolah dulu adalah ketua darjah.

Semuanya terjadi tanpa diduga. Kami bertemu di dalam suasana majlis perkahwinan Yusof dan Siti Norjuita yang berlangsung di Taman Ira Kangar. Yusof merupakan abang Yusri, senior 2 tahun dari kami, seorang pengawas pada ketika itu. Siti Norjuita merupakan anak Pak Cik Radzi jiran aku sejak kami menetap di Taman Ira.

Aku dan Yusri menggamit kenangan masa lampau. Masing-masing menceritakan kenangan pahit manis semasa bersekolah dahulu. Aku dan Yusri akan cuba menjejaki ramai lagi sahabat-sahabat yang lain selepas ini. InsyaAllah...

Hari ni 14 Disember 2008, pertama kali aku menjejakan kaki ke rumah Yusri., di Kubang Beruang, Kodiang. Aku juga bertemu dengan Man (baju merah). Man seorang yang amat "istimewa". Dari dulu lagi dia dikenali dengan sifat berlainan dari manusia normal. Walaupun pun begitu, menurut kata orang kampung dia amat bertanggungjawab dan pandai menjaga adik-adiknya. Kuasa Allah, Maha Adil. Aku juga bertemu dengan Cikgu Jah. Guru darjah semasa aku di tingkatan 1 (1985).

Alhamdullilah, dengan pertemuan ini, kami akan terus menjalinkan persabahatan yang telah terputus sejak 1988. InsyaAllah...


2 comments:

iena said...

Cik Joe,

aku pun macam ingat lagi yusri tu....dah macam tok imam jer....

keje mana dia tu?

Cikgu Jorasmin said...

hehehe...tu la pasai
Dia wat office interior designer..
keja kat Asetar.

Single lagi...hehehe

Popular Posts