Monday, December 8, 2008

Kampung Tok, Kg. Kandis, Kodiang, Kedah




Inilah kampung tempat aku dibesarkan sehinggalah aku berumur 10 tahun. Aku tinggal bersama-sama tok dan tok wan aku, Tok Kiah dan Wan Shaari ( Meninggal pada 6/6/93)

Semasa aku berusia 10 hari, tok dan tok wan membawa aku pulang ke kampung kerana pada ketika itu, emak aku masih bertugas di Hospital Daerah Tampin, Negeri Sembilan dan bapa aku betugas di Sabah.

Aku bersekolah di SK Kodiang 1 selama 2 tahun dan SK Kodiang 2 semasa belajar dalam darjah 3. Di sinilah aku mendapat didikan awal dari tok wan dan tok yang sering mengajar aku, adik-adik dan sepupuku sembahyang, membaca Al-Quran dan mengenal dunia.

Aku berpindah ke Kangar kerana ibu bapa membeli rumah di Taman Ira sehingga kini kami menetap di sini.

Kini tok aku tinggal bersama mak ngah kerana usianya membataskan untuk membuat kerja-kerja rumah. Rumah ini telah disewakan supaya tidak ditinggalkan tanpa penghuni.

Sedikit mengenai KODIANG
Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)

Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.

Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain, Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas. Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik dan air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air Tebu yang terkenal di Pekan Kodiang ialah Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis. Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.

5 comments:

UdangJanggut said...

aku teringat main aci atas jelapang

Cikgu Jorasmin said...

aku xmain atas jepalang...miang..kadang2 ada ulaq hehehehe..

aku masuk bilik ayaq...heheh

Anonymous said...

ASKUM..
BLE JOIN BLOG NI...
DOK KANDIS KAT MNA BANG?
SAYA DOK KG MERIBUT..
KLAU DEDULU OANG SUDAH MENGERAT PADI BLEH MAIN JERAMI PADI LAG MIANG DARI MAIN KAT JELAPANG..
KAT UMAH SAYA ADA LG JELAPANG..
TP LANI X GUNA UNTUK SIMPAN PADI DAH..
GUNA BUAT STOR LETAK BEBRANG LAMA KAN?

Anonymous said...

ASKUM..
BLE JOIN BLOG NI...
DOK KANDIS KAT MNA BANG?
SAYA DOK KG MERIBUT..
KLAU DEDULU OANG SUDAH MENGERAT PADI BLEH MAIN JERAMI PADI LAG MIANG DARI MAIN KAT JELAPANG..
KAT UMAH SAYA ADA LG JELAPANG..
TP LANI X GUNA UNTUK SIMPAN PADI DAH..
GUNA BUAT STOR LETAK BEBRANG LAMA KAN?

omaQ said...

lama aih tik kelih abe hansome kita nie !!

http://www.omaQ.org

Popular Posts