Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Kau datang lagi bersama kemuliaanmu
Kau hiasan hari dengan keberkatanmu
Kau bermakna bagi insan yang bertaqwa
Kau Aidil Adha

Harimu dihiasi dengan pengorbanan
Pengorbanan dalam menyusuri jalan ibadah
Jalan keredhaan Allah yang Esa
Mengejar akhirat yang abadi

Kisah Nabi Ibrahim a.s
Mendapat perintah didatangi mimpi
Nabi Ismail akur menerima
walaupun disembelih ayah tercinta

Perintah Allah harus dilaksana
Sebagai contoh kepada pengikutnya
Walau berat ujian melanda
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetap melaksanakannya

Empat permintaan didengar nyata
Mengikatnya erat kurang bergerak
Tanggal pakaian supaya tidak terkena darah
Tajamkan mata pisau agar ringan penderitaan
Pakaian diserahkan kepada bonda dijadikan penghibur

Allah melihat bukti ketaatan
Pengorbanaan ikhlas bukti ketaqwaan
Nabi Ismail digantikan qibas
Inilah tanda kebesaran Ilahi


-Nukilan : Jorasmin 7 Disember 2008-

1 comments:

jebat said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha to u bro..heres my blog..not much..jz started http://jebat-thebestofme.blogspot.com/

Popular Posts