Sunday, December 28, 2008

Menyampah, Bengang, APA sudah jadi.....?

Dimana letaknya Al-Quran pada kita?


Assalamualaikum....salam Maal Hijrah.

Aku bingung, xfaham...Malam Maal Hijrah cam nie masih ada program nyanyian. Melalak sana, melalak sini, lompat sana lompat sini...si pompuan plak pakai cam xnak pakai....sama gak ngan lelaki...

Inikah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W? inikah yang ditinggalkan oleh Baginda? Inikah nilai2 dalam ajaran Islam?

Bangga, kagum dan riak menyanyi, teriak atas pentas...gaul laki pompuan, bukan muhrim. Inikah nilai2 dalam Islam Hadhari yang diwarwarkan? Suara sedap digunakan kearah yang mungkar...menggalakan maksiat. Allahuakbar! Suara tu Aurat perempuan...

Bayangkan, anda menemui ajal semasa berada dimajlis begitu? Xrasa malu ker? Xrasa menyesal ker? Artisnya adalah dari yang beragama Islam begitu juga penonton..

Malaysia nie banyak sangat hiburan yang melalaikan? Persembahan, nyayian, kelab2 malam, pesta...semua tu melalaikan masyarakat. Lepas tu kecoh dapat anak luar nikah, maksiat sana, maksiat sini. Seks sana, seks sini. Ajaran Islam ker? Bagaimana dengan program2 keagamaan? jawapannya, xdpt sambutan.

Dunia sudah hampir kiamat. Bagaimana persediaan kita ke Akhirat? Muhasabah diri kita, sejauh mana tahap keimanan dalam diri. Jangan bila ditegur nak menegakkan benang yang basah. Benda2 lalai nie dah jatuh hukum haram. So apa lagi nak dipertikaikan?

Belajarlah dari peristiwa hijrah Rasulullah, hijrah ke arah kebaikan. Kita hamba Allah ni patutnya bersyukur dengan kemewahan dan keamanan negara tercinta ini. Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.

Bacalah Al-Quran dengan suara yang dianugerahkan...zikirlah. Allah Maha Pengampun.

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu keberkatan, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan, SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430

2 comments:

Anonymous said...

Disedari dari awal.
Mmg macam tu kan budaya kita.
Mmg perlu ada hiburan tu-tapi spesifiknya adelah khas utk non-muslim since M'sia ini berbilang kaum.itu semua org faham.
Cuma yang x fahamnya..org2 Melayu yg beragama Islam nih x reti nk beza mane satu santapan rohani yg sebenarnya.

Cikgu Jorasmin said...

Thanks..mmg itu pun maksud saya..nilai2 agama xamik berat, agama ni bg sesetengah mereka dikedudukan x penting...yang tahu yang ikut budaya bukan Islam.

Bukan itu saja, pandangan Ulama2 langsung x amik berat. Ada yang xdpt nak bezakan antara adat, budaya dan agama.

Bukan Islam xramai mana pun yang teringin nak join hal2 cam nie. Nak buat program boleh, tp hormatlah kepada keadaan dan masyarakat yang sensitif dalam hal2 ni.

Itu yang teejadi kepada budak2 sekolah saya haritu, lepas sy dan kawan2 mendedahkan isu nie, alih2 kami yang dipersalahkan...

Mufti Dr. Maza kata dosa besar takut kepada bukan Islam..

Popular Posts