وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ
(An-Nisa:100) وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nisa:100)
Sempena Tahun Baru HIJRAH 1430H, aku menyeru pada diri aku dan juga sekalian umat Muhammad S.A.W, marilah kita muhasabah diri sejauh mana ketaatan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Sebenarnya umat Islam hari ini jauh menyimpang dari jalan yang ditinggalkan Rasullulah S.A.W. Banyak kemungkaran berlaku, kita gagal menghalang atau menyekat disebabkan oleh kejahilan kita dalam membentuk jiwa Islam.
Kita tidak memegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal dan emosi serta nafsu. Ikut hati mati ikut badan merana...
Kita kena bersyukur atas rahmat keamanan yang Allah kurniakan kepada kita. Kalau kita lihat di Palestin, mereka mengemis di negara sendiri. Yahudi sentiasa mencari salah untuk menghancurkan umat Islam Palestin.
Selepas solat Jumaat tadi,kami berkumpul di Masjid Syed Putra, Kangar bagi menyatakan bantahan terhadap rejim zionis yang melampau melakukan kehancuran terhadap rakyat Islam Palestin. Kuasa2 dunia hanya mampu menghalang dengan kuasa mulut, kutukan melalui surat menyurat. Kenapa tidak bersatu menghalang keganasan.
Masing2 lari sembunyi, takut bertindak dan sanggup menyaksikan hari demi hari rakyat Palestin terkorban?
Fikir2kanlah, di mana tahap keimanan? nilai persaudaraan dalam Islam pada diri kita? Bagaimana jika kita berada ditempat Islam Palestin? Berlindung dirumah mewah? makan makan sedap2?, berseronok di kelab2 malam?, shopping complex?, konsert?
Ya Allah, hancurkan Yahudi, laknatlah Israel, tukarkan pemimpin2 yang tidak takut kepadaMu kerana mereka lebih takut kepada Yahudi....Semoga bumi Palestin aman seperti zaman kegemilangan Islam ketika dulu...AMIN
Saturday, January 3, 2009
Hijrah dan Nasib Palestin...muhasabbah
01:11
Cikgu Jorasmin
No comments
Popular Posts
-
Tok Janggut Mat Kilau Dato Maharaja Lela Tok Janggut Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memel...
-
SALAM Aku terpanggil untuk berbincang dan menyuarakan pendapat mengenai topik yang bagi kita bukan la asing iaitu "DITEBUK TUPAI"....
-
YM Dato' Raja Haji Ahmad bin Raja Endut MENTERI BESAR PERLIS PERTAMA (1948-1954) Raja Ahmad bin Raja Endut dilahirkan pad...
-
Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985 . Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan ber...
-
Gadis Melayu Siapa bilang gadis melayu tak menawan Tak menarik hati, tiada memikat Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik Kalaulah sunggu...
-
Melihat kepada keadaan kemalangan ini, aku teringat satu kisah melibatkan satu platun PKBM SM Syed Hassan pada tahun 1992. Aku sendiri merup...
-
Salam...Alhamdullilah pada malam ini aku sempat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengenai pengalaman beliau b...
-
Kecoh! Gempar! Pelik tapi benar. Itulah yang terjadi. Penemuan cicak berkepala dua berhampiran 7 eleven, Taman Sena Kangar. Aku dapatkan ga...
-
❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤• SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM 1) Kegemukan 2) P...
-
Sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu, yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepert...
0 comments:
Post a Comment