Thursday, January 8, 2009

PALESTIN dan pembelaan




Apakah jawapan kita kepada soalan diatas dan bukan Islam sanggup mati demi mempertahankan saudara kita,bagaimana pula kita?

MANA UMAT ISLAM?

Israel menceroboh Palestin pada tahu 1948 lagi.

Intifadhah Pertama Umat Islam Palestin berlaku pada 1987. Ketika ini, rakyat Palestin menggunakan batu menentang israel yang lengkap dengan sistem persenjataan.

Intifadhah Kedua berlaku pada September 2000. Dikenali sebagai Intifadhah Al-Aqsa, ketika ini masing berperang menggunakan senjata moden. Ketika ini Israel dipimpin oleh Ariel Sharon. Palestin dipimpin oleh Yassir Arafat dan Mahmoud Abbas manakala Hamas dipimpin oleh smail Haniyeh dan Mohammed Deif. Intifadhah ini disokong oleh Saddan Hussein. Intifadhah ini melihatkan 1,024 penduduk Israel terbunuh, 4,219 penduduk Palestin terbunu, 531 lagi secara tidak langsung.

Intifadhah Ketiga?

Apa sebenarnya berlaku di Palestin? Konflik yang dikenali sebagai "Konflik Israel-Palestin" ini adalah pertikaian di antara Israel dan orang Arab Palestin. Ini pada asalnya mengenai perebutan tanah yang sama.

Perbicangan dan rundingan telah dijalankan diantara kedua2 pihak. Pada awal rundingan, persetujuan dicapai oleh kedua2 pihak. Mereka mendakwa bahawa "Tebing Barat" dan "Semenanjung Gaza" adalah kawasan masa hadapan. Ramai bersetuju agar kawansan ini dijadikan "DWINEGARA" dan mendapat hak yang sama.

Ehud Olmert mengetuai kerajaan Israel manakala Mahmoud Abbas mewakili PLO ataupun Pertubuhan Pembebasan Palestin. Pihak perantara yang menjadi orang tengah dalam perbincangan ini ialah USA, Rusia, Kesatuan Eropah, PBB dan Tony Blair yang merupakan utusan khas. Mesir yang merupakan pengasas LIGA ARAB telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif

Ehud Olmert (Israel)


Mahmoud Abbas (FATAH)


Konflik Fatah-Hamas, atau Perang Saudara Palestin, bermula pada akhir 2006 dan masih berjalan sehingga pertengahan 2007, di antara dua puak utama Palestin, Fatah dan Hamas. Kebanyakan pertempuran terjadi di Jalur Gaza, yang telah diambil alih oleh Hamas pada Jun 2007.

Palestin berpecah kepada dua puak iaitu HAMAS dan FATAH. 2 tahun lalu, pada tahun 2006, Perang Saudara Palestin berlaku dan berlarutan sehingga pertegahan 2007. Ianya berlaku di Semenanjung Gaza. . Hamas adalah kumpulan Militan Islam manakala FATAH adalah parti politik yang terbesar. Fatah berada di sebelah Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza. Hamas yang memenangi pilihan raya 2006 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perundingan damai kerana dianggap sebagai pengganas oleh Israel. Semenanjung Gaza diambil alih Hamas pada Jun 2007.

Isu utama yang dibincangkan sehingga kini ialah:

Status wilayah diduduki Israel
Saling mengiktiraf
Pelarian Palestin
Petempatan Israel
Keselamatan Israel
Pembahagian sumber alam
Perobohan rumah orang Palestin

Tebing Barat merupakan sebuah daerah tanpa pantai di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.

Tebing Barat



juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah tenggara dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar, dengan satu keluasan berjumlah 360 square kilometers (139 sq mi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negaraberdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Semenanjung Gaza



Laman Web membantu Palestin dan maklumat berkaitan kejadian di Palestin.

FUNDRAISING:
*Palestine Red Crescent Society - http://www.palestinercs.org/
*Interpal http://www.interpal.info/
*Muslim Aid- http://www.muslimaid.org/
*UNRWA- http://www.un.org/unrwa/
*Islamic Relief: http://www.islamic-relief.com/... Read Morehttp://www.islamic-relief.com/Emergencies-And-Appeals/emergency.aspx?emID=47

NEWS
Google news "Gaza"
http://news.google.co.uk/news?oe=utf-8&rls=org.mozilla%3Aen-GB%3Aofficial&client=firefox-a&um=1&tab=wn&nolr=1&hl=en&q=%22gaza%22&btnG=Search+News
Al Jazeera- http://english.aljazeera.net/
Press TV- http://www.presstv.ir/
Alternet- http://www.alertnet.org/

LIVE TWITTER:
Al Jazeera- http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2008/12/2008122916531937971.html

BLOGS:
On or from Palestine for latest news and information.
http://palestineblogs.net/aggregator
Electronic Intifada- http://electronicintifada.net/
Free Gaza - http://www.freegaza.org/

0 comments:

Popular Posts