Friday, January 16, 2009

Firman Allah dalam Al-Quran mengenai Israel

Surah Al- Baqarah - Ayat 120

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ

أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ 

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu
Surah Al Maaidah - Ayat 78
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 
78. Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.


Ketetapan 181 PBB pada November 1947 telah meluluskan dan termeterai perjanjian damai Israel - Palestin yang melihatkan penyerahan 2/3 kawasan diserahkan kepada Israel. Namum sehingga kini Israel tetap membabi buta untuk menguasai keseluruhan Palestin dengan menghapuskan umat Islam Palestin. Seramai 282, 700 umat Islam Palestin terbunuh sejak bermulanya serangan Israel pada 1948 hingga kini. 
Israel terus melakukan kekejaman dan pembunuhan umat Islam Palestin tanpa mengira kecil besar tua dan muda. Mereka rakus melakukan perbuatan keji itu. Hakikat yang harus diterima oleh umat Islam dunia ialah Israel bukan sahaja memerangi umat Islam Palestin malah mereka juga turut memusuhi seluruh umat Islam dunia. 
Kiblat Pertama umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa dan tempat berlakunya Isyrak dan Mikraj dicemari oleh kaum Laknaktullah ini. Dua pertubuhan jihad Islam iaitu Hizbullah dan Hamas bertungkus lumus mempertahankan kesucian Islam ini, dan begitulah sepatutnya tugas dan peranan Islam demi agama suci ini. 

0 comments:

Popular Posts