Wednesday, January 14, 2009

PPSMI kemana arahnya...

Tokoh Bahasa, Prof. Nik Safiah Karim menegaskan dalam satu wawacara bahawa PPSMI tidak adil dan mesti ditamatkan. 

Beliau merasakan pengajaran Bahasa Inggeris lebih baik diajar dan dibina dengan sistematik agar lebih berkesan dalam penguasaan pelajar-pelajar dalam BI. Bagi beliau untuk meningkatkan BI tidak perlu sampai mengorbankan bahasa kebangsaan iaitu BAHASA MELAYU. 

Isu ketidakadilan disini difokuskan kepada pelajar luar bandar yang tidak cukup akses mendapatkan kelas tambahan bagi memantapkan BI kerana tidak cukup perbelanjaan untuk itu. Ini soal kebajikan pelajar luar bandar. Baginya lagi dengan meminggirkan BM ni timbul persoalan mengenai jati diri bangsa melayu itu sendiri. 

BAHASA JIWA BANGSA  dan bukannya BANGSA JIWA BAHASA.

Beliau menegaskan lagi, di Jepun walaupun ada warga asing dalam seminar tetap menggunakan Bahasa Jepun.  Bahasa Jepun ini akan diterjemahkan kepada BI semasa majlis rasmi di negara Jepun. 

Gabungan Selamatkan Bahasa Melayu atau SELAMAT akan menganjurkan perhimpunan 100,000 penyertaan untuk mempertahankan BM pada hujung tahun ini. Tujuan lain ialah nak jelaskan bahawa bukan hanya segelintir menyokong usaha memartabatkan BM ni tapi ramai yang menyokong usaha ini. 

Beliau sedih kerana ramai tidak berjuang kearah memertabatkan BM tambahan pula golongan muda. Isu ini akan digembar gemburkan pada media agar generasi hadapan dapat melihat kepentingan BM. 

0 comments:

Popular Posts