Wednesday, January 28, 2009

PERINGATAN KEMERDEKAAN di PARIT, PERAK

Gambar ini aku rakamkan semasa balik dari melawat keluarga adik aku di Kg.Gajah Perak. Aku ke sana bercuti 4 hari 3 malam sempena cuti Tahun Baru Cina. 

Tertera di menara jam tu ialah PERINGATAN MERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 31 AUGUST 1957. Maknanya menara ini dibina sekitar tahun itu sebagai tanda sambutan rakyat terhadap pembebasan Tanah Melayu. Ianya terletak di tengah2 pekan, di tengah2 pembahagi jalanraya di Pekan Parit.

Banyak lagi tugu peringatan sebegini dibina tetapi kita sendiri tidak pasti di mana dan bagai mana bentuk binaan itu.

0 comments:

Popular Posts