Wednesday, January 14, 2009

Penindasan dan Kezaliman terhadap Islam

Assalamualaikum.

Penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam kini semakin berleluasa. Dunia kini bergolak dengan ancaman yang paling keras terhadap kedudukan umat Islam, umat Muhammad S.A.W.

Kita lihat kini merata tempat umat Islam ditentang seperti di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Filipina, Indonesia dan juga tidak ke Thailand.

Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia mengganggapkan Islam kini sebagai pengganas  yang harus dan wajib ditentang bagi mereka. US menyerang Iraq pada dasarnya hendak menjaga kedudukan Israel Laknaktullah di bumi Gaza dengan agenda penghapusan umat Islam dan merampas tanah Palestin. US juga membantu Israel menyerang Lubnan dan menghapuskan Hizbullah yang berjuang mempertahankan tanah air mereka dan dalam masa yang sama membantu umat Islam Palestin menentang kekejaman Israel. US selalu menyatakan bahawa mereka mengambil dasar berkecuali sebagai alasan untuk berselindung disebalik kebenarannya.

Isu Palestin adalah isu Islam dan bukannya isu Palestin sahaja. Masjid Al-Aqsa menjadi pertaruhan antara Yahudi dan Islam. Umat Islam wajid pertahankan kesucian Al-Aqsa.

Surah Al-Israa' Ayat 1, Allah berfirman: 

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ 
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Masjid Al-Aqsa adalah salah satu tempat suci Islam selain dari Mekah dan Madinnah. Kita seharusnya cintakan ketiga-tiga kota suci ini dan mempertahankannya dari kehancuran. Jadikanlah contoh  Sheikh Ahmed Yasin dan Abdel Aziy Rantisy dalam mengetuai mujahhid mempertahankan tanah air. Ada juga umat Islam Palestin yang amalliyah istisyhadiyyah iaitu operasi pengebom berani mati dan ada dikalangan mereka adalah kaum wanita. 

 
Firman Allah dalam Surah Al-Israa' Ayat 5: 

 فَإِذَا جَاء وَعْدُ أُولاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَاداً لَّنَا أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلاَلَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْداً مَّفْعُولاً 

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
  

So, bersamalah kita berdoa agar Nur Islam kembali terang dan menerangi segenap pelusuk dunia dengan kerahmatan dan keredhaan Allah. 

Jadikanlah diri kita hari esok lebih baik dari hari ini. 

0 comments:

Popular Posts