Monday, January 12, 2009

Boikot Oh Boikot









Jom kita sama2 boikot produk yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutunya. Jangan kita menyumbang kearah peningkatan ekonomi negara pemusnah seperti ini.
Sudahkah kita kenalpasti barang mana yang perlu diboikot? jika sudah, TAHNIAH untuk anda. Jika sebaliknya, tepuk dada tanya selera. Hal ini sudah digembar-gemburkan diseluruh negara malah dunia.

Persoalannya? sejauh mana kita akan mempertahankan pendirian untuk boikot ini? Sebulan? Sepanjang tempoh gencatan senjata? sehingga Palestin menang? jawapannya ada apa kita sendiri. Apa yang kita mampu lakukan untuk membantu Palestin dalam perjuangan ini? sanggupkah kita menggalas senjata seperti mujahhid di sana? Sanggupkah kita meninggalkan keluarga untuk berjihad dijalan Allah?

Tidak perlu dihuraikan mengenai kesanggupan dan keikhlasan dalam perjuangan untuk Palestin. Kita sendiri tahu sejauh mana tekad dan azam untuk itu. Sedarlah, kita umat Islam ditindas, bukan sahaja diluar negara, malah di Malaysia juga umat Islam kian ditindas.

Kita mengaku semasa Islam tetapi hakikatnya kita bermusuhan semasa Islam. "Islam A tak betul, Islam B betul" dan sebaliknya. Cuma bezanya kita masih mampu pertahankan tahap kesabaran, kalau tidak sudah tentu kita juga akan menggalas senjata berperang sesama kita. Bersediakah kita untuk berbincang mengenai isu Islam sesama Islam dengan tidak mengira bangsa?

Ubahlah diri sendiri sebelum kita mengubah nasib orang lain. Marilah kita sesama pertahankan pendirian kita dalam isu boikot ini, ini adalah perjuangan yang mampu kita laksanakan dengan tahap keimanan dalam diri kita manusia lemah ini.

Boikot Israel & USA.

Salam...

0 comments:

Popular Posts