Thursday, January 22, 2009

Bolas Sepak Malaysia


Story kat TV3, UAE RATAH MALAYSIA....kalau kita renungkan maksud ayat tu, ia dapat membayangkan betapa rakusnya UAE membaham dan menelan MALAYSIA. Adus seksa, sakit da sengsara mendapat berita itu. Ada yang mengamuk!
Satu ketika dulu Pasukan Bola Sepak Malaysia digelar HARIMAU MALAYAbayangkan betapa ganasnya PBSM pada ketika itu. Barulah kena kalau sebut  HARIMAU MALAYA meratah pasukan lawannya. 
Sejarah mencatatkan bahawa  HARIMAU MALAYA amat digeruni sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Mendapat tempat ketiga dalam Sukan Asia di Jakarta pada tahun 1962 setelah membahan Indonesia 4-1 dan mendapat pingat gangsa dalam Sukan Asia di Tehran 1974 dengan menewaskan Korea Utara 2-1. 
Kini PBSM mengalami zaman kemerosotan yang tiada jawapan terhadap penyelesaian ini. Segalanya bermula dengan amalan yang tidak sihat iaitu rasuah. MALAYSIA pernah mendapat khidmat jurulatih-jurulatih berpengalaman seperti Claude Leroy, Allan HarrisBertalan Bicskei, Norizan Bakar dan kini B. Sathianathan.

Allan Harris merupakan pembantu kepada Terry Venables mengendalikan Barcelona ini pernah membawa pasukan memenangi pingat perak semasa Sukan Sea 2001 dan mengalami kekalahan kepada China dalam kelayakan Piala Dunia 2006. Bertalan Bicskei merupakan bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary menggantikan Allan pada tahun 2004. Bertalan Bicskei juga menempa kejayaan apabila pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004. Bagi Bertalan beliau menginginkan banyak pendedahan pemain pada peringkat antarabangsa dengan alasan bagi menambahkan pengalaman beraksi pada peringkat ini. Bertalan digantikan dengan Norizan Bakar atau dikenali dengan Cikgu Jan. Beliau juga berjaya membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan Sea 2005 mengalahkan Indonesia 1-0 dan berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Asean pada tahun 2007. Namun pasukan Malaysia mengalami kekalahan demi kekalahan dan menyebabkan jurulatih-jurulatih tersebut disingkirkan.  B. Sathianathan mengambil alih tugas dan berjaya membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka. Pada tahun 2008 Malaysia hanya mampu bertahan sehingga peringkat separuh akhir dalam PESTA BOLA MERDEKA. Malaysia seterusnya tersingkir dari Piala AFF Suzuki 2008 dan sekaligus mencatat sebagai penyingkiran pertama sejak 1998. 
22 Januari mencatat Malaysia dikalahkan UAE dengan jaringan 5-0. Sathia sedia mengundir diri dengan menyatakan bahawa pemain Malaysia adalah bukan pemain bola. Desas desus mengatakan bawah Peter Withe akan menabur khidmat sebagai jurulatih. Hakikat yang harus diterima sejak kejatuhan pasukan Malaysia ialah peranan media dalam memainkan isu kejurulatihan, pemain dan pengurusan. Itu persoalan yang harus dikupas. 
Skuad Malaysia kini diwakili oleh Syed Adney Syed Hussein, Mohd Helmi Eliza Elias,  Mohd Farizal Marlias, Soryaprasad a/l Subramaniam, Mohd Asraruddin Putra Omar,  Norhafiz Zamani Misba,  Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Daudsu Jamaluddin, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Muhammad Juzaili Samion, Mohd Nor Farhan Muhammad, Muhammad Shukor Adan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohammad Hardi Jaafar, Azi Shahril Azmi, Mohd Amirul Hadi Zainal, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Safee Mohd Sali, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar dan Farderin Kadir
Malaysia pernah menduduki Ranking FIFA ke 75 (August 1993) dan kini Ranking FIFA ke  166 (October 2007). 


2 comments:

Fah@Umi said...

manenye cikgu, x nmpk pun, nmpk ank2 muridnye ajer...

Darul Mu'allij said...

hye...cikgu disebalik tabir jer...

Popular Posts