Thursday, January 29, 2009

Mangsa keadaan


Gambar ni aku dapat dari rakan FACEBOOK Kenny Bliss dari Scotland. Menurut Kenny, kawasan tempat tinggalnya merupakan habitat bagi jenis rusa seperti gambar di atas. 

Masalah yang timbul di sini ialah rusa-rusa ini mendatangkan bahaya kepada penunggang motorsikal dan kereta.  Jadi hari-hari boleh dikatakan ada rusa-rusa ini menjadi mangsa "Langgar lari"...

Penduduk di sini boleh mendapatkan lesen membunuh dan bukannya memburu rusa. Ini lah yang dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan penduduk di sini dengan sekumpulan rusa. Katanya, bayangkan rusa yang seberat 130kg melompat kearah kita semasa memandu atau menunggang motorsikal.

Persoalannya bagi kita, mengapakah manusia yang berilmu menghuni kawasan yang memang merupakan habitat hidupan liar? Mampukah haiwan merancang seperti kita? Dunia...Dunia..

0 comments:

Popular Posts